Tekanan punca banyak penyakit.

 Sila emailkan kepada addinnasa[@]gmail.com atau nnorita78[@]yahoo.com dapatkan tawaran istimewa BULAN SEPTEMBER dari www.anakkuwiraku.com.

 Mungkin anda juga biasa terdengar dengan ayat ini ...
Stress betul kerja arini!





Saya dihujani dengan beberapa email tentang kemerunduman susuibu selepas habis beraya. Ditambah lagi ada yang mengakui bahawa mereka masih amalkan perkara yang selalu saya tekankan untuk menjayakan penyusuan iaitu

1. Pastikan sesi perahan yang konsisten tanpa perlu menunggu payudara bengkak.
2. Minum air sekurang-kurangnya 3l jika amik supplement.
3. Dekatkan diri dengan pencipta, sebagai tempat kebergantungan.

Dalam sedar tak sedar, walau tidak menyusu, perkara no 3 perlu dititikberatkan.
Mengapa? Allah telah berfirman  bahawa Sesungguhnya tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu.

Mendekatkan diri dengan Al Khaliq akan buatkan jiwa kita tenang, minda kita mudah berada dalam gelombang Alfa.

Tanpa kita sedari, penyakit yang paling bahaya ialah 'tekanan' . Ianya senyap dan kesannya juga bahaya.
Bila kita banyak kerja, kita akan mudah rasa tertekan. Bila kena marah kita akan tertekan. Bila terlambat, kita tertekan. Bila kewangan terganggu kita tertekan. Bila makan tak betul dan tentu masa kita akan tertekan. Bila ibu menyusu merasakan susunya kurang, akan mudah tertekan. Bila kecewa kita akan tertekan. Bila tak capai sasaran, kita tertekan.



Perasaan tertekan itu sebenarnya dalam tidak kita sedar telah berlaku banyak perkara dalam tubuh kita :

  1. Bila emosi tertekan, semua hormon menjadi tidak seimbang. 
  2. Bila emosi tertekan, banyak vitamin C dan vitamin B yang sedia ada dalam badan akan musnah kerana dua vitamin ini sangat rapuh @ fragile.
  3. Bila emosi tertekan, ia merosakkan protien yang ada dalam tubuh.
  4. Bila emosi tertekan, ia akan merosakkan sistem imune badan secara perlahan-lahan.
  5. Bila emosi tertekan, kita mula hilang fokus dan minda kita tidak dapat di atur dengan baik.
  6. Bila emosi tertekan, seorang ibu menyusu akan kekurangan hormon oksitosin dan ini akan menyebabkan susu mula merundum.
Bila kita dalam keadaan tertekan, banyak vitamin musnah, sistem imun kita menurun dan penyakit mula menyelinap tanpa disedari.
    Dalam apa pun keadaan, kita perlu belajar mengatasi rasa tertekan atau kata lain stress.
    Antara yang boleh kita lakukan untuk kurangkan rasa tertekan atau stress ialah :

    1.   Minum segelas air.
    2. Membaca Al Quran 
    3. Menjaga pemakanan harian 
    4. Percutian
    5. Rehat seketika
    6. Keluar dari keadaan yang buat rasa emosi tertekan.
    7. Pengambilan supplement.
    8. Bersenam dan beriadah
    9. Luangkan masa bersama orang tersayang.
    10. Banyakkan istighfar dan bertaubat. 

    Jangan biasa menuding jari untuk apa yang kita lalui berpunca dari si polan bin si polan. Anggapkan ujian yang datang adalah teguran dari Al Khaliq supaya kita lebih dekat kepadaNYA.



    Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


    Salam sayang dari Ibu Addinnasa

    Catat Ulasan

    0 Ulasan