Tak sabar nak gosok gigi

 Ahad lepas, selepas lunch tiga beranak di Boluevard, ibu singgah ke Watson sebelum balik mencari barang keperluan peribadi. Dalam diam dua beradik juga sedang membelek barang yang boleh mereka bawa balik bersama. Nasa datang mendekati ibu dan bertanya : Bu, boleh nak beli ni? Lantas saya menjawab : Mahal tak?
Sebagai abang Addin pandai memainkan peranan, di minta si adik membawa barang tersebut pada mesin scan harga yang melekat di tepi dinding bersebelahan rak barangan dalam Watson. Addin menjawab : Ibu, RM24.90 mahal tak?
Tanpa memikir panjang saya menjawab : Tak mahal sangat , jika nak amik la. Apa lagi dua beradik ni bersorak kegembiraan menuju kaunter bayaran sebelum kami keluar.
Petang tu kami balik rumah amik abah untuk mengajak menonton wayang. Memandangkan dah tengok Smurf 3D masa di KL aritu, so kami luangkan masa bersama menonton Spy Kids. Cerita yang boleh tahan menarik untuk anak-anak.
Sejurus pulang ke rumah, mereka dua beradik tak sabar nak mandi. Teringat barang yang dibeli di Watson tadi. Mereka berdua berlumba-lumba nak buka keluarkan dari kotaknya. Apa lagi, betapa seronok masing-masing menggunakannya.

Memang ketara bersih gigi anak2 lepas guna berus gigi berbateri ini.

Gambar ihsan Google


Mereka looking forward waktu mandi sebab
1. Nak gosok gigi guna berus gigi bateri mereka.
2. Sebab nak main bubble.


Alhamdulillah, lega rasa. Berbaloi juga invest beli sesuatu yang bagus untuk anak!








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan