Rutin surirumah di bulan Ramadhan

Bermula bulan Ogos dan sempena Ramadhan, jadual waktu persekolah anak terutama sesi petang mempunyai perubahan....maklumlah demi memberi ruang pada cikgu-cikgu sekolah sesi petang untuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Maka, rutin ibu juga turut berubah.

Seawal jam 1.30pm Addin dan Nasa memulakan sesi persekolah pada waktu petang. Sebaik sahaja pulang ke rumah, ibu akan pastikan kain jemuran siap diampaian. Selepas itu barulah ibu menyiapkan semua alamat customer di atas slip poslaju untuk dibuat penghantaran hari tersebut. Tiga jam tak lama mana, memadai ibu sempat siapkan packing kemas2 semua order dan siap dengan alamat, jemput anak2 balik dari sekolah terus ke poslaju buat penghantaran.

Selepas membeli juadah berbuka, kami pulang ke rumah dan pastikan kain jemuran dah berangkat. Malam solat terawih dengan anak bujang ibu. Selepas habis solat kami habiskan masa makan buah-buahan bersama. Ibu sediakan buah-buahan supaya kami semua mendapat cukup serat dan memastikan kulit badan lembap sepanjang berpuasa. Addin dan Nasa sangat suka buah mata kucing. Ibu akan memastikan ibu basuh buah tersebut dengan Basic H Shaklee agar segala semburan racun serangga pada buah dapat disingkirkan. Adakala kami makan 2-3 jenis buah termasuklah pear, anggur tanpa biji serta buah limau tangerin ( limau yang kecik2) tu. Dalam jam 9.30 hingaa 10 malam kami dah masuk tidur.

Sebelum tidur kami akan minum air bancuhan ESP dan PD supaya Addin terutamanya tidak kekeringan sepanjang berpuasa esok harinya. Ibu akan bekalkan beberapa vitamin untuk anak-anak dan ibu akan makanan vitamin  kegemaran ibu sebelum tidur.

Alhamdulillah Addin dah boleh diharap untuk kejutkan ibu bangun sahur. Jam 4 pagi dia akan bangun bersihkan diri dan melatih dia untuk bangun solat tahajud. Alhamdulillah, setakat ini dia dapat melakukan dengan baik. Walaupun saya sendiri dilatih untuk bangun tahajud pada usia mencecah 14 tahun....tapi zaman berubah. Dunia kini banyak cabaran dengan anasir2 yang tidak elok....maka ibu harap dengan menerapkan amalan kerohanian dari peringkat awal membantu membentuk peribadi anak-anak yang cemerlang sehingga mereka dewasa kelak insyaALLAH.
Waktu bersahur, segelas ESP + PD menjadi pilihan selain minuman dan juadah bersahur.
Selepas masuk Subuh, kami solat bersama dan Addin akan siapkan diri untuk ke sekolah. Walaupun adakala ibu terlena sebentar, Addin akan pastikan ibu terjaga untuk hantarnya ke sekolah :)

Berkat bulan baik ini, memang selalu ajar anak-anak banyak berdoa pada ALLAH. Baru ini juga kami belikan CD mengaji oleh ustaz yang selalu keluar Astro Oasis, ustaz Zulkarnain...pasang dalam kereta. Surah2 lazim dan Yassin....supaya jiwa tenang dan anak-anak pun terbiasa mendengar zikir dan mengaji. Sepanjang ke sekolah mahupun ke mana sahaja kereta bergerak....zikir dan bacaan ngaji oleh ustaz benar-benar menenangkan jiwa :)

Selepas ini nak packing order ....awal minggu dah pack dah tinggal berapa aje. So kena siapkan awal2 terutama untuk order customer baru yang semalam baru email dan sms buat pesanan.




Jom join yang kawan-kawan! Kami suka nak kongsikan kegembiraan kami pada anda semua!

Emailkan pada saya untuk dapatkan borang  ini ya kawan-kawan. Bagi yang telah menghantar email mengenai produk, saya akan cuba reply as soon as possible ya! InsyaALLAH.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi .


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan