Bila memilih barang ataupun makanan, ibu akan pilih kebaikan dia dulu. Harga tolak tepi. Kalau bagus, memang beli. Ibu memegang prinsip alah membeli menang memakai. Terutama bila ianya melibatkan keperluan dan bukan kehendak.
Namun makin hari, harga barang makin naik. Ingat lagi masa kecik dulu, harga tepung baru berapa sen aje. Namun sekarang RM1 sendiri tak banyak nilainya. Dulu pergi sekolah, bawa duit poket dalam RM1 memang hebat sudah. Siap ada baki boleh simpan dalam tabung. Sekarang? Nasi lemak pun dah RM1.20 ...kurang-kurang RM2 perlu diberi pada anak namun syukur ibu dapat anak yang suka makan bekal macam abahnya jua. So ada juga penjimatan di situ. Ibu tetap bekalkan Addin duit sekolah. Tapi perlu bagi seminggu sekali aje...iaitu hari Isnin. Hari berikutnya bila ditanya, ada duit? Ada, duit semalam. Jika tanya pada hari Rabu, Addin jawab "Duit hari Isnin ada lagi bu". Jimat sungguh :) By Friday duit tu masuk tabung. Bunyi macam kelakar tapi inilah kelebihan anak sulung ibu.
Cuma part ke shopping complex atau stesen minyak....kehendak tak dapat dikawal. Macam-macam nak beli macam tempat tu ibu yang punya :)
Semua ibu dan ayah pasti akan cuba beri yang terbaik untuk anak-anak mereka. Maka oleh kerana itu ramai yang akan cari kerja untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sebenarnya perlukah?
Ada pendapat mengatakan....biar gaji kecil dan cukup pakai minum asalkan ada keberkatan. Betul dan ia tak dinafikan.
Secara peribadi pada ibu, tak salah mempunyai pendapatan sampingan kerana kita hidup bukan untuk diri dan keluarga sahaja tetapi untuk masyarakat dan agama. Bila pendapatan yang sedia ada cukup-cukup untuk diri sendiri, macam mana nak bantu ummah? Bila zakat pun dikecualikan jadi apa sumbangan kita pada ummah?
Bagaimana nak maju jika kita di takuk yang lama? Bila harga barang makin naik, mereka yang punya pendapatan yang besar mungkin akan bising sedikit namun sudah pasti mereka tak merasa sangat impak dari kenaikan harga barang tadi. Tapi bagi kita yang masih di paras yang sama sudah pastinya mengeluh dan tidak kurang sumpah seranah bila harga barang makin mahal.
Bagi yang bijak, mereka akan ambil peluang yang ada....mencari kerja untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Tidak salah mencari pendapatan sampingan asal tidak mengganggu masa kerja dari pendapatan utama. Pastinya kita tidak mahu menjadi yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Maka perlu bijak mengurus masa. Asal tidak hilang keberkatan rezeki.
Pendapatan sampingan ni ibarat life boat. Paling kurang jika ada kecemasan, kita ada sumber bantuan yang kedua. Nak harap mak ayah, mereka dah tua....dan tanggungjawab kita menjaga kebaikan mereka. Nak harap adik beradik, sekali sekala bolehlah sebab mereka pun pastinya mempunyai komitmen masing-masing. Nak harapkan saudara yang belum berkahwin, mereka juga punya impian dan cita-cita. So, sebenarnya kita sendiri yang perlu ada usaha untuk ubah nasib kita selain dari jadi orang yang hanya berharap bulan jatuh ke riba.
Apa yang ibu nak cerita....sebenarnya bagus ada pendapatan sampingan walaupun dibuat secara kecil-kecilan kerana sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menaiktaraf kehidupan diri, keluarga, bangsa dan agama. Kerja apa, balik kepada diri individu...pilihlah yang halal dan yang kita minat bukan secara ikut-ikutan. Supaya tiada lahir perasaan keterpaksaan. Bertambah bagus jika buat solat istikharah minta petunjuk Allah dalam apa juga aspek kehidupan semoga Allah sentiasa memberi kita panduan dalam meneruskan kehidupan.
Akhir kata, bekerjalah seolah-olah kita akan mati keesokkan harinya dan beribadatlah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi. Hanya kita yang mampu ubah nasib kita sendiri.
Jika anda berminat nak cari pendapatan sampingan, bolehlah contact ibu untuk tanya details :)
Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 Ulasan