Emma Zarin seorang eksekutif muda yang merancang untuk membeli sebuah kereta jenama xxx88. Emma ke kedai A dan mendaoati kedai tersebut memberi diskaun RM500 untuk pembelian model yang dia mahukan. Seterusnya Emma ke kedai B dan mendapati harga kereta impiannya adalah sama dengan harga dengan beberapa kedai yang dilihatnya.
Maka Emma membuat keputusan untuk membeli di kedai A kerana mendapati tawarannya sangat menarik.
Keesokkannya, rakan dipejabatnya sibuk bercerita tentang Asmina yang membeli kereta dan mendapat hadiah percuma Astro Decorder. Asmina turut membeli kereta yang sama modelnya namun dari kedai yang berbeza. Asmina membayar harga keretanya dengan harga yang sama dalam pasaran cuma kelebihannya Asmina mendapat Astro Decorder.
Perasankah kita apa yang Emma dan Asmina dapat merupakan NILAI TAMBAH dari pengedar? Namun pastinya ramai yang tertarik dengan NILAI TAMBAH yang melibatkan duit. Tidak kurang juga yang berminat untuk mendapatkan NILAI TAMBAH dalam bentuk barangan. Ianya dikatakan STRATEGI PEMASARAN.
Sama juga dengan buku....
Encik Pandara menulis tentang tips motivasi yang dipelajarinya dari pengajiannya di Univeristi XXX. Harga buku ini RM20.
Puan Maisara menulis tips motivasinya melalui pengalaman hidup dan kajian yang dlakukan atas usahanya. Harga buku beliau ialah RM50.
Maka untuk mendapatkan ilmu ini, kita sebagai pembaca boleh memilih untuk membeli buku penulisan Encik Pandara atau Puan Maisara mengikut kemampuan kita untuk mendapatkannya. ATAU juga membeli kedua2nya jika mampu supaya dapat melihat perbezaan hasil tulisan dua individu ini. Bagi yang punya kekangan kewangan, buku2 motivasi biasa pastinya menjadi pilihan.
Hanya jauhari mengenal maknikam.
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 012-8535689. Salam sayang dari Ibu Addinnasa
0 Ulasan