Jangan jadi lalat....

 Suami saya suka remind saya dengan satu pepatah....
"Jika tak mampu nak jadi garam yang memasinkan ikan, maka jangan jadi lalat yang membusukkan ikan".

Sebenarnya ada ramai kawan saya yang bertanya soalan cepu emas buat saya....
"Beb, kenapa ko tak bagi anak ko pakai CD....dan cuba ko share sikit nape ko tak guna, aku tengah dalam dilemma nak beli atau tak"

Saya kata setiap orang punya pendapat masing-masing dan saya takkan keluarkan sebab mengapa saya tak guna sebab ramai rakan saya berbiz dalam CD. Saya tidak mahu sama sekali pendapat saya diguna pakai dan boleh menjejaskan biz kawan-kawan saya.

Tiada isu jika saya tak guna, sebab ramai juga yang tak guna CD tetapi mengapa saya perlu berikan sebab?
Kawan-kawan rapat saya yang berbiz CD pun tak tanya kenapa saya tak beli CD dari mereka. Namun jika ada customer Shaklee nak cari CD memang saya sebut a few names mereka yang jual CD maka terpulang pada orang tu nak beli ngan siapa.

Bagi saya, saya tak guna CD itu tidak menjadi isu....tapi saya tetap beri sokongan pada kawan-kawan yang buat biz CD.

Kenapa perlu menulis atau provoke sesuatu jika kita tak guna? Adakah benar kononnya nak "educate" orang atau nak tutup malu sebab sendiri tak gunakan barang tersebut? Tak faham bila orang tanya benda yang tak berkaitan.....apatah lagi jika menulis di blog benda yang boleh menjatuhkan orang lain.

Jadi bagus betul pepatah yang suami saya selalu ingatkan....

"Jika tak mampu nak jadi garam yang memasinkan ikan, maka jangan jadi lalat yang membusukkan ikan".



 *Lalat atau Langau?






Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

3 Ulasan

Mama Rizqullah berkata…
Saya pun tak guna CD...tapi x der sebab pun...cuma x minat je kot...apapun,CD is good for environment..
Arissa Zoela berkata…
rin pun tak gune CD sbb tak cukup ilmu..takmo ikut-ikutan jer...langau?eeeee... :p
yleenday berkata…
saya suka entry ini! :)