Ibu suka memerhati ....dan ibu belajar sesuatu dalam setiap benda yang ibu lihat. Manusia ada pelbagai ragam. Kita bukan malaikat yang sempurna dan tiada dosa...namun kita boleh jadi yang baik dan cuba perbaiki semua sudut secara perlahan-lahan. Manusia pun sebenarnya bergerak perlahan mengikut peredaran masa. Bermula dari bayi yang hanya mampu menangis dan ketawa...kita belajar guling ke kiri dan ke kanan. Kita belajar merangkak...bertatih dan berjalan. Akhirnya berlari. Semuanya makan masa. Tiada yang berlaku dalam satu masa sekaligus.
Dulu ibu tak boleh terima kritikan langsung....seorang pendendam pun ya juga. Tapi usia mematangkan kita. Syukur ALLAH temukan dengan manusia yang baik yang perlahan-lahan ibu buang sikap itu. Ibu banyak belajar dari emak ibu...atok Addin dan Nasa. Emak seorang yang pendiam. Mak hanya bercakap bila perlu. Mak didik anak-anak dia belajar tentang hidup. Mak tak pernah kawal pergerakan apatah lagi kehidupan anak-anaknya. Mak seorang isteri Mithali. Masih ingat lagi masa kecik dulu jika mak baru angkat takbir nak solat dan jika abah balik waktu tu, mak akan sambut abah dulu, berikan secawan air...bersembang sekejap dan baru mak sambung semula urusan ibadat tadi.
Mak tak banyak cakap. Namun mak selalu pesan masa kecik dulu....belajar pandai-pandai dan duduk jauh-jauh dari mak....tapi setakat ni cuma anak pompuan mak aje yang duduk jauh dan paling jauh ibu Addin dan Nasa la. Walaupun kami duduk jauh dari mak, telefon mak tak pernah sunyi dari panggilan anak-anaknya.
Percaya tak, selama berkahwin dengan abah, mak tak pernah telefon ibu. Adik-adik ibu yang berkahwin yang lain pun cakap perkara yang sama. Apa alasan mak tak telefon kami? Sebab mak kata, mak pernah jadi isteri dan ibu pada anak-anak, rutin memang busy. Mak taknak kerana telefon kami, tanggungjawab kami tergendala. Kamilah yang akan telefon mak. Mak adalah pendengar setia. Kalau ada masalah ngadu ngan mak....mak akan pesan satu jek : sabar . Sabar itulah kunci segala kejayaan, mak kata.
Baru ni mak sakit. Tetiba lemah longlai....semua anak-anaknya balik secara mengejut. Kami dapat berkumpul 7 beradik ...dan hospital jadi riuh rendah ngan kehadiran kami semua sampai mak jadi tak selesa. Ibu belikan mak vivix, alhamdulillah ternyata mak suka.
Mak tak suka amik tahu hal orang....katanya lagha. Buang masa dan buat dosa. Jadi belajar dari sikap mak, ibu tak amik endah hal orang. Jika orang bercerita kita dengar tapi nak menyampai...tak kuasa la. Mak selalu cakap sebab mulut badan binasa. Mak kata orang yang sibuk hal orang lain adalah orang yang tak de kerja dan busy body. So ibu cuba jauhkan sikap busy body. Buat hal sendiri. Kerja sendiri pun banyak nak diuruskan.
Mak dah makin sihat alhamdulillah. Mak nak datang rumah ibu....tak sabar nak jumpa mak! Walaupun baru jek balik Muar tapi dah namapun mak...rindu setiap masa dan saat sentiasa ada!!!!
Mak adalah guru terbaik buat ibu. Mak memang ibu mithali. Anak-anak mak belajar semuanya dari kehidupan. Mak tak kawal hidup kami apatah lagi rumahtangga kami. Kata mak asalkan anak dia bahagia, sudah memadai!
Semoga ALLAH panjangkan umur mak, murahkan rezekinya, bahagiakan hatinya dan kuatkan semangatnya untuk terus melangkah ......
Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu
0 Ulasan