3 perkara ini perlu berada dalam minda ibu yang menyusu


Alhamdulillah kini ramai ibu yang menyusu mempunyai kesedaran betapa pentingnya supplement dalam diet harian. Terutama bagi ibu yang bekerja dan pulang ke rumah untuk meneruskan tanggunggjawab sebagai isteri dan seorang ibu.
Supplement hakikatnya ialah untuk membantu si ibu atau pengamalnya mendapat semua keperluan zat yang diperlukan oleh tubuh badan serta mengisi kekosongan dalam tubuh badan. Apabila keperluan itu dipenuhi, insyaAllah si pengamal tadi akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dengan kesihatan yang baik.

Namun bagi ibu yang menyusu, sayugia diingatkan bahawa kejayaan penyusuan yang disokong oleh pengambilan supplement perlulah memenuhi 3 perkara ini iaitu:

1. Sesi perahan yang konsisten, setiap 3 jam.

2. Pengambilan air yang secukupnya, iaitu 3 liter sehari.

3. DOA yang berterusan.

Jika ketiga-tiga perkara ini sentiasa dititikberatkan insyaAllah misi si ibu untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun akan tercapai.

Apakah sebenarnya supplement yang membantu?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


 Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.(PERINGATAN: ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE)

Selain supplement yang dinyatakan, keperluan protien tidak boleh diabaikan. Jika berkemampuan boleh membeli ESP dalam memenuhi keperluan protien untuk pembesaran dan kesihatan yang optimum serta kalsium demi memastikan si ibu tidak mempunyai risiko osteoporosis bila hari tua nanti.

Boleh membaca pengakuan  seorang ibu yang menyusukan anaknya...Di Sini


Salam sayang dari ibu



Catat Ulasan

0 Ulasan