Sejak dua minggu yang lalu abah ada berhajat nak bawa kami sekeluarga berjalan ke mana2 Disneyland untuk menggantikan masanya bersama anak2...secara kebetulan ada satu segmen Trek Selebriti , Jimmy dan Marsha yang dirakamkan di HongKong Disneyland. Apa lagi Addin dan Nasa begitu khusyuk menonton terutama apabila kelihatan Mickey Mouse dan beberapa maskot kartun yang sedang berjalan2 di dalam Disneyland...
Sampailah satu hari pada minggu lepas Addin memberitahu sesuatu yang ibu rasa tersentuh dan berniat jika diizinkan Allah ibu dan abah pasti bawa kalian bercuti di sana....."Ibu, abah, semalam Addin bermimpi. Addin mimpi Addin kat Hong Kong Disneyland dapat jumpa Mickey Mouse!" .Pada mulanya ibu tergelak besar kerana selama ibu hidup 32 tahun tidak pernah sekali ibu bermimpi ke tanah Hong Kong apatah lagi Disneyland. Namun terlintas sesuatu di fikiran ibu...anak ibu memang berhajat besar nak berjalan ke sana.
Maka ibu memberitahu pada Addin dan Nasa, bukan abah tak ada duit cuma kommitment abah banyak kerana ibu bercuti dari kerja sementara ini, namun ibu berniat, jika Shaklee ibu mendapat sambutan yang baik, insyaAllah kita akan sampai jua. Sejak dari kata2 ibu itu, Nasa selalu berdoa yang buat ibu tersentuh...
"Ya Allah, bagilah ibuku pos trial pack dan bawak kami pergi Hong Kong Disneyland"..dan kami yang mendengar akan menyambut "Amiinnnnn ".
Itulah doa si anak kecil yang berharap akan sampai ke HongKong Disneyland... mudah2an ianya menjadi kenyataan. Doakan untuk ibu dan abah mampu tunaikan hajat kalian. Amin....
Doa ibu setiap hari....
"Ya Allah dengan namaMu yang Maha Penyayang lagi Maha Mendengar...berikan kami peluang untuk menyampaikan hajat anak2 kami ini, amin."
0 Ulasan