Siapa nak hadiah?

"Kasih yang abadi"

Boleh sesiapa describe apa yang kalian semua takrifkan dengan perkataan di atas? Sesiapa yang dapat memberi satu definisi atau penerangan yang menarik, ibu nak bagi hadiah....hadiahnya ialah? Tunggu!!!! Pastinya menarik, sebab tak perlu berbelanja pun cuma tuliskan sahaja apa yang kalian faham dengan ayat tersebut... Tak perlu panjang sangat macam essei pun sekadar ibu nak tengok kefahaman setiap individu yang pastinya berbeza. Walau sepotong ayat, jika ia menarik perhatian ibu, ibu akan tetap bagi hadiah.


Salam sayang dari ibu

Catat Ulasan

11 Ulasan

zai kulim berkata…
Just nak try...zai pun bukan pandai sgt bab nak tulis ayat nie..tp bantai jer ler..

Tajuk :Kasih Yang Abadi..

Belum pernah ada
kasih didunia ini..
Sanggup menerima diriku apa adanya
Selain kasihMU Tuhan Yang Esa..

Kasih pasti lemah lembut
Kasih pasti memaafkan
Kasih pasti murah hati
kasih yang abadi pastinyer dari Mu Tuhan..

Apapun kasih yg abadi ttp dari Tuhan Yang Satu..
Macam lagu nie ..Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua…sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu.

Tiga..lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ke temu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih

Ha kan...bagi zai kasih yang abadi biarlah kasih kita kepada Tuhan..

sekian...
miera berkata…
emm..mierapun nak try gak ler..

KASIH YANG ABADI
@@@@@@@@@@@@@@@@

Kasih yang tak berhenti
Kasih murni abadi
Kurasakan dalam denyut jantungmu
Kudengar dalam doamu

Tuhan Penyayang turunkan berkah-Mu
Untuk ibuku seorang
Oh Tuhan Penyayang turunkan berkah-Mu
Untuk ibuku seorang

Kasih yang tak berhenti
Kasih murni abadi
Kurasakan dalam denyut jantungmu
Kudengar dalam doamu

Tuhan Penyayang turunkan berkah-Mu
Untuk ibuku seorang
Oh Tuhan Penyayang turunkan berkah-Mu
Untuk ibuku seorang

Eyang AT tasya sayang sekali sama mama.

Memang seharusnya kamu begitu
Karena kasih ibu itu hangat seperti matahari
Kuncup seperti rembulan dan abadi

Kasih engkau berhenti
Kasih murni abadi
Kurasakan dalam denyut jantungmu
Kudengar dalam doamu

Tuhan Penyayang turunkan berkah-Mu
Untuk ibuku seorang
Oh Tuhan Penyayang turunkan berkah-Mu
Untuk ibuku seorang

Oh Tuhan Penyayang turunkan berkah-Mu
Untuk ibuku seorang.......
Anamarza berkata…
Salam,

'Kasih Yang Abadi...Tiada kasih seabadi kasih Allah kepada hamba2nya, kerna kurniaan kasih dari Nya kita belajar erti kasih mengasihi, kita mengenal cinta, rindu, dan sayang..kerna kasihNya juga kita masih teguh berdiri walau seribu dugaan mendatang..."
Irma Omar berkata…
salam ziarah...

kasih yg abadi adalah syg dan cinta yg kekal seperti cinta terhadap DIA, syg dan cinta yg ikhlas seikhlas seorg ibu membesarkan anaknyer, syg dan cinta yg suci sesuci air mata yg mengalir jika kasih yg abadi di sia-siakan begitu sahaja.......

wassalam.....
DaKoSue berkata…
meh kita try lak

"KASIH YANG ABADI" (Sesama Insan)

Naluri terlalu menyayangi dengan setulus hati,terlalu mencintai dan tiada pemisah antara dua sejoli apabila jiwa telah bersatu teguh hingga ke akhirnya....

"KASIH YANG ABADI" (Pada Penciptanya)

Mencari cinta pada Ilahi yang hakiki dengan tulus ikhlas dan suci...tanpa ragu dan sangsi.
Nea Flerida berkata…
salam akk, nk try gk ea..


Kasih yang abadi
Kasih tuhan kpd hamba
Kasih-Nya tiada tolok banding
Kasih-Nya tanpa cacat cela
Kasihnya seindah mutiara
Malah lebih indah dr segalanya
Sesempurna ciptaan-Nya

Aku mendamba
Kasih yang Abadi
Mama Qadida berkata…
Kasih Yang Abadi hanya layak dimiliki apabila diri tunduk kepada Penciptanya yang satu.Maka segala kasih sayang yang wujud selepas itu juga adalah merupakan kasih yg abadi. Kesimpulan, Allah swt adalah yg satu di dunia sementara ini..amin
Mommy Eryna berkata…
Kasih Yang Abadi : The Never Ending Love.

Aside from love to the Al-Mighty the Creator; He creates another set of love dat we can find in dis life & also da after life. Love for our parents/child, love for sadaqa jariah & love for knowledge to be implemented in Allah's way.

Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah (PBUH) said, "When a man dies, his deeds come to an end, except for three: a continuous act of charity, knowledge by which people derive benefit & pious son who prays for him. " [Muslim].

Wallahualam. :)
AntuGorgon berkata…
Salam harmoni...
Kawan pun nak acer cuba try test mengolah ayat..

Kasih tidak bererti perasaan sayang dan cinta pada makhluk semata²... Malah ia meliputi semua cabang aspek sama ada Tuhan, manusia dan makhluk² sekalian alam. Sewajarnya kita harus memupuk perasaan kasih dalam menjalani hidup sehari-hari. Jadikanlah persinggahan yang hanya sementara ini dengan penuh kenikmatan dan serba indah dalam kasehNYA.

Sekian. :-)
Sekadar memeriahkan..
Tanpa Nama berkata…
Salam ziarah...
Dari ayat di atas, apa yang mula2 terlintas di kepala saya adalah
Curahan kasih-sayang ibu dari mula melihat dunia membawa ke syurga...
Norita Shaklee berkata…
Terima kasih atas rspon kalian...maka ibu maklumkan bahawa ibu tertarik dengan kata2 dari butterfly. Dengan ini butterfly akan menerima saguhari dari ibu. Sila emailkan detail utk tuj penghantaran.