Ragam manusia

Sepanjang ibu berkongsi produk Shaklee dengan ramai orang, banyak ragam manusia yang ibu temui. Paling ramai yang ibu temui adalah mereka yang kurang membaca jadi banyaklah pendapat2 yang bertentangan dengan ilmu yang ibu pelajari. So itu sudah menjadi lumrah alam namun apa yang ibu pegang, tidak perlu kita bertelagah perkara sebegini kerana satu masa yang hak itu akan tiba dan batil akan lenyap jua.

Namun sesuatu yang buat ibu sedari ialah tentang orang kita yang adakala terlupa adab dan budi yang menjadi amalan sepanjang zaman. Dua perkataan yang sering dilupakan iaitu ucapan terima kasih dan perkataan tolong..iaitu PLEASE. Walaupun ramai pelanggan ibu yang sangat berbudi bahasa tetapi tidak kurang juga mereka yang kurang berbahasa.

Tidak salah kita mengucapkan maaf jika bayaran tertangguh atau terlupa, tidak salah kita mengucapkan terima kasih apabila menerima barang dan tidak salah kita mengucapkan tolong jika mahu meminta sesuatu....

Ada seorang teman ibu dahulu aktif dengan produk Avon dan ibu merupakan salah seorang pelanggannya. Setiap kali ibu ingin membuat pesanan dan akan ibu dahulukan duit seperti prosedur biasa perniagaan, teman ini pastinya akan mengucapkan Alhamdulillah terima kasih kerana membayar. Mula2 ibu ingatkan itu satu sindiran tetapi hakikatnya ini adalah satu tingkah laku terpuji kerana jujur menghargai pelanggan.Ibu cuba praktikkannya walau adakala terlupa juga.

Begitu juga apabila menerima produk, rata2 pasti akan mengatakan terima kasih... namun percaya atau tidak ada juga manusia yang alpa untuk perkara semudah ini. Pelanggan sebegini ibu cuma membuat andaian bahawa dia seorang yang berat mulutnya. Bukan ibu mengharap orang berkata terima kasih tetapi dari sini kita akan menilai tinggi mana budi bahasa seseorang....

Perkataan tolong adalah perkataan yang jarang ibu temui namun masih ada segelintir yang tinggi budi bahasanya. Seorang kenalan blogger ibu apabila mahu membeli vitamin, beliau ini akan memulakan conversation dengan meminta tolong... " N boleh tolong orderkan saya vitamin untuk emak saya di kampung?" Sejuk benar hati ibu mendengarnya. Bukanlah ibu mengharap orang berkata sedemikian tetapi sejuk hati bila bertemu dengan orang yang berbudi bahasa. Berbanding pula dengan mereka yang suka berkata 'Saya nak order vitamin ini dan itu, bila boleh dapat?" .Tidak kurang juga ayat dari mesej yang ibu terima,... " kalau saya order lebih dua botol boleh dapat free postage tak?". Kadang2 nak tergelak dengan telatah manusia.

Ibu berkongsi produk Shaklee dengan semua peringkat umur... semua ibu berikan dengan harga ahli dan jika ada yang merasakan tidak mahu membayar wang postage, ibu alu-alukan jika teman tersebut mampu untuk ke branch Shaklee sendiri.

Kita tidak tahu hidup kita sehingga takat mana, namun pada kesempatan ini ibu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada ibu melalui pembelian setiap bulan. Terima kasih kerana mempercayai ibu dengan belian kalian yang adakala mencecah ribuan ringgit. Minta maaf juga andaikata ada cerita tulisan ibu yang menyinggung perasaan kalian tanpa disedari. Akhir kata ibu harap dan ingin meminta tolong agar kalian tidak serik untuk membuat pesanan produk melalui ibu...


Salam sayang.

Catat Ulasan

8 Ulasan

sy sgt setuju
mmg bila ber bisnes ni byk ragam manusia yg kita jumpa
kdg2 ada ragam pelanggan yg menganggap diri mcm raja, bisa aja mengungkap kata2 kasar kepada peniaga, umpama peniaga tiada maruah..
mcm yg kak anne ckp..hidup kita ni tak tahu ampai bila..

jgn kata terima kasih, atau tlg..kdg2 salam pun tak bagi..huhu

contoh "kak, sy dah bank in duit..hantar hari ni jugak ye.."
Anamarza berkata…
byk ragam manusia ni ya....ingat nk buat online shop gak nanti...tp tk pasti nk jual apa lg..tgh belajar2 la ni...thank ibuaddinnnasa n3 ni paling kurang bagi saya info psl ragam manusia ni....pernah gak beli online ade yg bls email ngan sopan ade gak yg mcm lyn tk lyn jer, sampai rs mls nk continue beli ngan diaorg....
Tanpa Nama berkata…
Salam..

Ku faham keadaan ini.
Sebolehnya ku tak mahu selalu menyusahkan kamu kak. Tapi Kak N selalu faham keadaan saya..huhu
Norita Shaklee berkata…
Salwa

Memang kena banyak sabar kan?

Anamarza
Kita kena banyak membaca untuk dapatkan sabar!

Yus
Akak tak de masalah nak amik barang YUs pun... cuma ada sesetengah orang yang bila nak beli barang ...kurang berbahasa.
ummuabdullahsyaakir berkata…
Betul ke kak org yg terjun dlm bisnes ni turun naik moodnya bergantng pda hasil bisnesnya?
Norita Shaklee berkata…
ummuabdullahsyaakir

Hmm, kalau tak silap akak, hasil biz bergantung pada turun naik mood seseorang kot....hehehe ye la kesan aura la kononnya!Wallah hu alam
aishah berkata…
eh, saya pon kadang2 terlupa nak say salam to akak

excited punyer pasal sbb nampak akak online. hehehehe.

owh, my bad, my bad.
Norita Shaklee berkata…
Aishah

itu tidak menjadi hal...cuma akak sedih dengan segelintir manusia yang kurang berbahasa. Apa pun akak enjoy buat Shaklee