Dari sehari ke sehari ibu ingin menjawab mengenai post yang ditulis oleh Mommy Lyna iaitu mengenai cerita cik Anon dan si Fahrin Amad ( bukan nama sebenar) namun atas banyak perkara ianya asyik tertangguh. Selain itu salah satu faktor yang membuatkan ibu lambat reply kerana ibu cuba mengingatkan tips2 yang diberikan oleh arwah kaunselor ibu dan abah. Ibu juga mempunyai ramai teman yang bermasalah dalam hal ini. Maka tips yang ibu nyatakan ini sebenarnya boleh dipraktikkan kepada dua2 pihak iaitu si isteri atau si suami. Namun atas niat untuk membantu teman Mommy Lyna cik Ainon, maka bacaan ini akan lebih kepada si isteri untuk menaikkan selera suaminya yang semakan pudar.
Ibu cuma membuat andaian bahawa suami cik Anon mengidap hipogonadisme. Hipogonadisme lelaki adalah keadaan di mana badan tidak menghasilkan hormon seks testosteron yang mencukupi. Apabila badan tidak menghasilkan testosteron yang cukup maka keinginan seks akan terjejas. Apa yang ibu tahu hipogonadisme boleh menyebabkan perubahan emosi dan mental. Ketika testosteron menurun, sesetengah lelaki akan mengalami simptom serupa seperti wanita menopaus.Ini termasuk letih, kurang keinginan seks (libido), sukar menumpu perhatian, radang, resah dan juga murung.
Maka antara usaha yang boleh dilakukan untuk meransang keinginan 'bersama' si suami adalah...
1. Perbanyakkan menggunakan bawang putih dalam masakan. Ini kerana ada pendapat mengatakan bawang putih boleh meningkatkan hormon seks dan secara langsung membuatkan si suami akan selalu berkeinginan ke atas isterinya. Namun cuba pastikan seandainya si isteri memasak atau menggoreng bawang putih bersama perencah masakan lain, jangan biarkan ia hangus memadailah sekadar kekuning-kuningan agar zatnya tidak hapus semua.
2. Berikan suami anda Vitamin E beserta Silenium. Ini kerana ianya memang disyorkan oleh pakar perubatan untuk kesuburan dan ianya memang banyak membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita. Ianya antara paling berkesan dan ramai teman ibu telah yakin dengan kebenarannya.Namun ia berkesan dengan menggunakan vitamin E Shaklee kerana vitamin E Shaklee sahaja yang mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Walaubagaimanapun, perlu ada strategi yang bagus untuk pastikan suami cik Anon akan mengamalkan pengambilan vitamin E setiap hari. Sebagai isteri kita perlu bijak. Apa yang cik Anon lakukan adalah hanya letakkan sebiji vitamin E beserta dengan vitamin lain terutama b complex di dalam piring kecil, dan katakan ianya sangat bagus untuk jantung dan ketenangan. Memang benar vitamin E sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.
3. Bukan semua isteri mahu mekai lingerie yang seksi , ada antara isteri yang sangat malu atau sebab lain juga, bukan semua isteri mampu untuk membeli lingerie seksi apatah lagi jika si isteri hanya seorang surirumah.Sebenarnya ini balik kepada kemampuan masing2. Namun bagi yang kurang berkemampuan, memadailah memakai singlet tidur yang nipis dan jarang terutama apabila anak2 sudah lena dibuai mimpi. Satu lagi tips ialah... pakailah baju yang berwarna merah kerana ini membantu menaikkan ransangan keinginan seks terutama di dalam bilik tidur.
4. Bau-bauan turut membantu dalam menambat hati suami. Pastikan cik Anon selalu memakai bau-bauan yang wang dan disukai oleh si suami. Selain itu tips lain yang ibu praktikkan ialah pastikan tuala dan cadar tidur kerap ditukar , paling kurang seminggu sekali. Apabila ianya kerap ditukar bau-bauan yang kurang enak tidak mengganggu keinginan si suami. Ibu juga memastikan ibu membasuh baju menggunakan sabun yang tidak menghasilkan bau lembap ( busuk) pada kain baju yang dipakai. Ibu dicadangkan oleh seorang teman yang telah berkahwin selama berpuluh tahun, kakak Z mencadangkan memakai sabun basuh Daia kuning beserta Pelembut Daia purple kerana bau pakaian, tuala dan cadar akan sentiasa wangi walaupun adakala jemuran tidak mendapat cahaya matahari yang penuh. Memang benar dan ibu sendiri selalu ditanya oleh teman yang bertandang ke rumah apabila mereka meminta meminjam tuala maka soalan yang keluar, "sedap bau tuala ni, guna sabun apa ye?". Mengapa ibu kongsi tips ini? Apa kaitannya? Ya ia berkaitan. Ini kerana sebagai seorang isteri adakala kita terlalu banyak yang hendak dikejar dan adakala terlupa perkara yang penting. Memakai minyak wangi sebagai contoh, maka dengan pakaian, cadar yang serba wangi memadai andaikata si isteri terlupa memakai minyak wangi.
5. Berbicara secara lembut dari hati ke hati. Bertanya apakah masalah yang sedang dihadapi oleh rumahtangga sehingga menyebabkan si suami kurang atau dingin terhadap si isteri. Jika tidak dapat diluahkan melalui kata2 memadailah dengan tulisan atau email. Ini memang berkesan kerana si pasangan dapat mendalami hati budi masing2.
6. Banyakkan berdoa, solat hajat dan tahajud. Seandainya cara ini masih tidak berkesan, jangan putus asa kerana Allah lebih mengetahui setiap ciptaanNya. Tambani dengan solat sunat taubat, insyAllah dibukakan jalan penyesaiaan.
Semoga berjaya!
*************************************************************************************
So far ibu katakan sambutan contest sangat menggalakkan. Ibu berniat jika penyataan adalah melebih 100 maka ibu akan tambah satu lagi hadiah bermalam di hotel. So jika berminat, marilah join sambil dapat merasai keseronokkan minuman Performance!
5 Ulasan
InsyaAllah akan ibu buat satu entry mengenainya.
Shaklee Shah Alam dekat dengan Glenmarie. Boleh call 03 55692393 atau 1800 88 6577 untuk minta direction.
Lepas ni blh lah cuba.