Minggu ni pastinya paling enjoy sebab tahun ini abah masih dapat bermain basketball untuk team EXPRO abah. Memandangkan game abah kebanyakannya pagi dan petang maka kami mungkin akan dapat tengok abah bermain pada waktu petang kerana Addin bersekolah pada waktu pagi. Sejak abah sibuk dengan training since last week , anak2 ibu jadi terikut2 bila di rumah. Kebetulan pula di rumah memang banyak bola maka meraka berdua turut berlatih seolah-olah mereka yang akan join tournament tu nanti. Nasa antara orang yang paling sibuk membuat latihan di rumah, paling ibu suka tengok Nasa belajar melompat thru trampolin, kononnya nak belajar slamdunk la tu. hehehe.
Ibu doakan abah dan teamnya berjaya mendapat tempat terbaik tahun ni. Yang pasti ibu perlu sediakan abah performance drink yang cukup sepanjang tempoh abah menjalani latihan ataupun bermain untuk kejohanan KL game, selain vitamin penting seperti ostematrix( really support untuk tulang dan saraf), vitamin E ( baik untuk jantung dan saraf), b complex dan zinc.
Buat adikkku, Hatta dan faizura terima kasih sebab sudi datang rumah hantar buah durian...buat emak tersayang terima kasih kerana sampaikan hajat anakmu ini nak makan durian. (sekali mak bagi sampai 30kg tu)ibu happy sangat!
0 Ulasan