Menjamin anak yang sihat?

Siapa kata Nasa bebas dari penyakit walau hanya duduk di rumah menemani ibu? Pada hakikatnya bakteria ada di mana-mana, ianya merebak melalui udara, sentuhan dan pelbagai cara.
Nasa juga pada hakikatnya mudah terdedah kepada jangkitan bakteria @ penyakit terutama dari abangnya yang bergaul di sekolah bersama rakan-rakannya. Jadi bagi anak kecil yang ibu bapanya terpaksa bekerja sudah pasti mereka ini akan dihantar ke taska terutama bagi keluarga yang tidak mempunyai pembantu rumah. Anak kecil ini sangat mudah mendapat penyakit jika ada di kalangan rakan mereka yang mendapat sakit seperti selsema, batuk mahupun demam. Bagaimana hendak pastikan mereka ini tidak mudah sakit atau dijangkit?
Saya masih teringat nota yang saya saling semasa menghadiri seminar mengenai bagaimana hendak memastikan anak sihat dan bebas dari sakit yang khususnya tertumpu kepada penyakit HFMD atau dengan bahasa lain, Penyakit kaki tangan mulut. Alhamdulillah saya masih mempraktikkannya sehingga hari ini.
1. Pastikan anak kita mandi sebelum ke tadika @ taska. Jika terlalu awal maka memadailah dengan mengelap seluruh badan anak dengan tuala yang berbilas sabun.
2. Pastikan anak kita mandi sejurus pulang dari sekolah @ taska. Saya akan pastikan Addin terus mandi sejurus dia sampai ke rumah...sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dari bakteria terus merebak.Untuk dapatkan kesan terbaik, gunakanlah sabun antibakteria seperti Dettol, Protex, Lifebuoy ( saya lebih suka dengan Lifebuoy-kesannya sangat bagus untuk kulit anak).
3. Pastikan anak kita mencuci tangan dengan sabun setiap kali hendak makan dan selepas makan.
4. Pastikan anak kita mengambil multivitamin satu - dua kali sehari demi memastikan tubuh mereka mempunyai cukup vitamin asas- ini dapat membantu tubuh untuk melawan penyakit. Jika mereka demam sekalipun ianya hanya untuk jangka masa pendek kerana badan akan bertindak melawan penyakit melalui pemakanan yang sihat. Saya pastikan Addin mengambil multivitamin Shaklee selepas lunch dan selepas dinner.
5. Jadikan amalan, sekiranya kita keluar bersama keluarga dan anak kita menggunakan tandas awam, pastikan anak kita mandi sejurus pulang ke rumah. Ini dapat mengurangkan bakteria yang dibawa pulang dari tempat awam terus merebak.
6. Pastikan anak kita minum lebih 8 gelas air masak sehari agar tidak mudah dehydrate akibat aktiviti harian mereka. Jika badan kekurangan air maka risiko untuk mendapat penyakit berjangkit adalah sangat tinggi. Rata-rata yang saya lihat, anak yang kurang minum air sangat mudah mendapat penyakit yang berjangkit.

Bagaimana dengan kalian? Ada tips lain yang boleh dikongsi?

Catat Ulasan

0 Ulasan