Alhamdulillah syukur...abah dah selamat sampai ke rumah pagi tadi. Seronok betul kami semua menyambut abah, dengan bau2an yang harum dan senyuman yang manis. Bila dah bersua, hilang lenyap rasa gundah gulana sepanjang abah diperantauan. Syukur ya Allah, Engkau mudahkan segala urusan suamiku.
Addin dan Nasa masing2 mendapat apa yang dihajati iaitu toys...Addin abah belikan toys yang dijual dalam flight manakala Nasa abah belikan camera mainan semasa di airport France. Untuk ibu ciuman kasih sayang dah memadai...hihihi. Yang pasti malam ini kami semua akan tidur lebih nyenyak dan aman. Tidak perlu lagi Addin dan Nasa mencium baju abah sebelum tidur tetapi hanya pelukan dan ciuman dari abah tersayang dah boleh membuatkan mereka tidur lena.
Seronoknya abah dah ada bersama kita... :)
Esok ( Ahad) kita akan menyertai atok untuk menziarah keluarga bakal mertua Uncle Hatta. Semoga Allah aturkan yang terbaik untuk kita semua!
0 Ulasan