bohongla kalau ada ibu yang kata susunya sentiasa banyak tanpa terkurang sedikit pun.Sebagai wanita kita sensitif dengan perubahan sekeliling dan perubahan hormon badan kita. Adakala saya sendiri merasakan susu saya seakan merundum. Namun sebagai ibu kepada dua anak, saya jadikan pengalaman anak pertama sebagai lesson learn. Saya ada checklist saya sendiri untuk membetulkan keadaan yang teranjak. Checklist saya berbentuk berikut:
Saya akan pastikan saya bertindak mengikut aturan checklist saya demi memastikan production susu saya kembali normal.
1. Saya akan pastikan saya ambil sarapan pagi, beberapa keping roti dan telur atau dimakan bersama air milo sahaja.
2. Makan supplement asas
3. Minum air sebanyak 1.5 litre antara waktu lunch dan minum petang
4. Makan supplement seperti alfalfa-penggalak susu
5. Makan sedikit untuk minum petang walau sebuku roti cream
6. Minum air 1.5 litre antara tea time kepada dinner
7. Makan malam
8. Makan supplement asas
9. Minum air sebanyak 2.0 litre before tidur.
Jika saya mengikut sepenuhnya checklist ni saya pasti susu saya banyak semula sehingga mencurah di pipi Nasa. Selain dari checklist ini saya pastikan bekalan chocolate saya di rumah mencukupi. Apa yang saya pasti ia membantu menstabilkan hormon kasih sayang dan secara langsung susu pun dapat mengalir banyak. Wallahhualam.
2 Ulasan