Awal Muharam dan rahsianya

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.Pada 10 Muharram juga telah berlaku:1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulanMuharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalambulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allahtulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isterifadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesatfadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagitiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekahfadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekorgagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberipahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan dirifadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunatfadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelakfadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhiratnanti
11 Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutanselama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaatkerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasafadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.PuasaNiat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribukali syahid dan diharamkannya daripada neraka.*Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

0 Ulasan