Melamine

Kejadian yang menimpa rakyat China telah membuka mata semua orang termasuklah kami. Barulah kita tahu dalam semua susu formula terkandung melamine... dalam kuantiti sedikit dan dibenarkan. Saya bertanya dengan ramai kenalan doktor saya... jika benar dalam susu formula terdapat sedikit kuantiti melamine, tidakkah ini bermakna ada unsur plastik yang dimasukkan ke dalam minuman anak kita? Namun jawab doktor itu, ya namun badan boleh menyingkirkannya kerana ianya kuantiti yang sangat sedikit. Apa yang terjadi di China pengeluar susu itu telah menambahkan unsur melamine dengan kuantiti yang banyak, maka ianya boleh merosakkan fungsi buah pinggang. Seperti yang kita sedia maklum, buah pinggang kita ini ibarat washing machine. Jika kita tahu loading max ialah 10 kg tetapi basuhan kita 15kg, maka lama kelamaan rosaklah fungsi mesin basuh tersebut.

Sejak dari kejadian itu,anak saya Addin yang memang menjadi tabiatnya minum susu 4-5kali sehari telah bertukar tanpa diminta. Sejak kami pulang ke KL, Addin hanya akan minum susu pada waktu pagi sahaja. Pada sebelah petang dia lebih rela memakan roti gardenia atau nasi. Manakala sebelah malamnya juga sangat jarang dia meminta susu sebelum tidur kerana dia lebih suka meneguk air kosong yang saya bekalkan di sebelah katilnya. Bersyukur pada Allah yang meringankan kerisauan di hati saya mengenai susu Addin.

Dek kerana melamine juga saya dan suami bertekad tidak akan menggunakan pinggan mangkuk melamine lagi. Jika dulu, ianya pada saya sangat mudah dengan ada anak kecil maka walau jatuh pinggan takkan pecah. Tetapi kini tidak lagi. Saya telah membuang semua pinggan mangkuk melamine kami. Saya gantikan semuanya dengan pinggan kaca. Saya lebih berpuashati sekarang. Walau kita tak dapat nak avoid semuanya dalam masa serentak tetapi sekurang-kurang mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Hmmm.... kini saya nak cerita bagaimana stressnya saya minggu lepas. KL pula sekarang musim hujan, maka ada beberapa teman yang menasihatkan jika dah menetap di KL seandainya nak berjalan-jalan maka elakkan keluar waktu hujan kerana for sure akan jam sepanjang perjalanan. Memang betul. Ya Allah adakala menititk airmata ini bila kenangkan Miri yang aman dan tenang. Bila bila barang dapur, mak aiiii...harga ikan buat saya terkejut yang amat. Memandangkan ikan tenggiri menjadi favorite kami sekeluarga, maka saya pun membeli 4 keping ikan tenggiri untuk makan dua hari kami. Terkejutnya saya kerana harga ikan itu ialah RM23.42 setelah ditimbang. Jika di Miri, ikan tenggiri seekor sebesar peha Addin baru RM12. Bayangkan betapa bezanya hidup kami sebelum ini. Dua hari lepas saya membeli ikan merah sebanyak 2 keping dan harganya ialah RM23.60. Sampai satu masa saya rasa memang duit dapur saya banyak tertumpu kepada makanan laut ini. Walaupun mahal tetapi terpaksa jua kami melaluinya.

Susu saya tetiba drop sehinggakan Nasa akan merengek pada malam hari. Saya sendiri perasan mungkin kerana makanan saya yang tidak teratur dan emosi yang tidak stabil. Mungkin juga kerana kurang rehat. Nasa pula semakin besar semakin aktif. Walaupun belum pandai berjalan sepenuhnya, tapi hanya memaut kepada semua perabot yang ada, dia sudah boleh berjalan tanpa bertunjit. Nasa juga boleh memanjat dari sofa kepada kerusi massage kami. Yang paling dia enjoy duduk atas u robic abahnya.

Saya muhasabah diri seketika bila melihat susu seolah-olah tak cukup untuk Nasa. Saya mula mengatur semula hidup saya. Saya mencari masa untuk diri saya berehat dan unpack sedikit demi sedikit barang kami. Saya mula makan mengikut waktu seperti di Miri. By 12pm kami dah mula lunch.Jika tidak, lunch saya kekadang sampai jam2 atau 3pm. Saya pastikan vitamin saya banyak seperti dulu, jika tidak saya hanya makan b complex, vitalea, vitamin C dan ESP. Kini saya dah makan semula ostematrix, iron plus c, omega, vitamin E, beta carotene dan semua yng ada dalam almari dapur saya. :)

Memandangkan kami dah ada water filter sendiri, saya lebih kerap minum air. Sangat kerap maklumlah ianya lebih murah berbanding di Miri kami hanya minum RO water yang dibeli dengan harga RM20 sebotol(19 litre).Seronok bila dah mula stabil. Ni yang dapat saya tulis blog seperti dulu. Susu pula dah mula banyak macam dulu. Saya perasan bila saya happy dan tenang, susu saya akan mula banyak macam dulu-dulu. Adakala melimpah-limpah di pipi Nasa dan saya bangga melihatnya.

Benarlah kata orang, wanita ini sangat mudah sensitif... maka kita perlu banyak minum air kosong untuk memastikan badan kita cukup air dan semua pemakanan kita dapat dicernakan dengan baik oleh tubuh. Apa pun saya bersyukur ditemukan dengan superbrand supplement, Shaklee. Ianya membantu dalam menstabilkan emosi saya dan kesihatan saya dan anak2.

Oh ya tetapi ada sesuatu yang menarik dalam hidup saya sejak minggu lepas.Untuk mengelakkan saya bosan di rumah, suami mencadangkan agar saya membuat satu projek dengan anak2 kami di Miri iaitu anak2 yatim Miri. Kami membuat kutipan derma sesama teman untuk membelikan mereka sebuah water filter memandangkan mereka belum ada. Alhamdulillah ramai juga teman yang berminat menderma untuk mewakafkan sebuah water filter untuk anak2 ini.Bagi mereka yang ingin turut serta sangat dialu-alukan. Walau hanya RM10 namun ada bahagian duit kita tersenarai dalam harta wakaf. Alangkah bahagianya hidup ini jika kita mendapat doa dari mereka....

Buat anak-anak ibu yang berada di Kompleks Kebajikan Hamidah, doakan usaha ibu berhasil. Mudah2 an Allah mengizinkan apa yang ibu hajatkan untuk kalian. Walau kita berjauhan namun kalian tetap berada di hati.

Catat Ulasan

0 Ulasan