Luahan hatiku

Dalam kesibukan umat Islam nak menyambut kehadiran syawal….ada juga mereka yang sibuk mencari penawar kepada musibah yang melanda diri. Bagi mereka yang sakit terutamanya sibuk mencari penawar, bagi yang sihat alpa seketika. Namun saya simpati kepada mereka yang mudah bertukar-tukar penawar, mengikut kata orang. Walhal yang memberi nasihat itu bukanlah orang yang rajin membaca tetapi sekadar menyampaikan berita entah dari mana sumber yang tiada ketahuan.

Kekadang saya terfikir mengapalah saya dulu tak mendengar nasihat arwah abah untuk menjadi doctor? Jika saya doctor hari ini kredibiliti saya tidak akan dipertikaikan. Mungkin dah tersurat saya hanya sesuai menjadi guru menyampaikan segala ilmu yang diperolehi. Aturan Allah dah tersurat adalah baik saya seorang guru. Adakala saya mudah kecewa dengan diri apabila masih ada di kalangan teman akrab saya yang sibuk mencari pemakanan tambahan yang murah walhal mereka adalah orang yang berduit. Mereka tetap nak mencari yang murah atas alasan sama sahaja semua vitamin. Adakala sedih memikirkan mereka yang sakit dan telah saya terangkan mengapa dan apa yang boleh membantu tetapi mereka ini tetap mencari sumber yang lain atas alasan yang paling rendah tahap pemikiran iaitu…oh barang ni kawan saya kata bagus! Jika bagus ada clinical research? Oh barang ni bagus sebab paling latest dalam pasaran…jika baru maka belum ada jaminan mereka yang memakannya telah berumur sepuluh tahun. Jadi di manakah yang dikatakan bagus? Hmmm bagi mereka yang suka mencuba semua jenis pemakanan tanpa membaca mereka menanggung satu risiko masa depan di mana kesihatan itu dipertaruhkan. Tetapi apa pun terpulang lah…duit kalian. Sakit pun kalian yang tanggung. Saya hanya mampu berdoa dalam ketenangan malam agar semua yang saya kenali bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari kekasihku yang satu, pencipta sekalian alam.

Benarlah kata arwah abah… bukan semua orang mempunyai timbangan akal yang sama. Ada yang mendapat akal sebesar sebutir pasir, dua butir pasir, segantang pasir, seguni malah sekawah. Namun hanya Allah sahaja yang tahu atas segala yang disuratkanNya. Benarlah kata arwah abah, setiap yang berlaku ada sebab musabab yang kita tidak tahu kecuali insan itu muhasabah diri. Penyakit itu sebagai ujian menunjukkan kasih sayang Allah pada hambaNya. Namun adakah kita hanya perlu pasrah pada suratan tanpa usaha memperbetulkan keadaan?


Sesungguhnya iman itu tidak dapat diwarisi dari seorang ayah kepada anaknya,
Hatta anak seorang doktor belum ada jaminan sihat sentiasa
Kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai
Wang ringgit dan harta benda boleh dicari
Yang patah tumbuh hilang berganti
Tetapi tidak kesihatan
Harta hakiki tidak ternilai
Maka
Bayarlah ia dengan hasil keringatmu
Sebagai pelaburan yang tiada ruginya
Jangan sampai
Dah terhantuk baru terngadah
Kala itu wang ringgit tiada bernilai
Untuk mencari nikmat kesihatan yang tergadai.

Catat Ulasan

0 Ulasan