Sesungguhnya Allah menyediakan pahala dan berkat yang sangat-sangat besar bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya melalui susu ibu. Mengapa? Kerana untuk seorang ibu menyusukan anaknya bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat beberapa cabaran yang perlu diharungi sepanjang tempoh penyusuan. Namun tidak dinafikan bukan semua ibu melaluinya. Antara cabaran yang dapat saya kenalpasti adalah;
1. Family Support
Bukan semua suami mahupun keluarga mempunyai kesedaran terhadap kepentingan susu ibu kepada bayi. Namun sebagai langkah permulaan si ibu perlulah menyatakan keinginannya untuk menyusukan bayinya sejak dari bayi di dalam kandungan lagi. Cubalah menunjukkan kesungguhan dengan mencari beberapa buah buku tentang penjagaan bayi, kelahiran, penyusuan dan sebagainya. Selain itu dapatkan khidmat kaunseling dari pakar O&G mengenai penyusuan. Bawalah suami bersama semasa sesi agar kedua-dua pasangan lebih memahami keperluan dan kepentingan penyusuan susu ibu.
2. Keinginan dan Kekuatan Diri yang Lemah
Ini kebiasaanya berlaku apabila si ibu kurang dalam pengetahuan tentang penyusuan. Apabila kurangnya ilmu serta pendedahan dari pihak lain maka si ibu akan mudah mengalah apabila menghadapi situasi yang sukar seperti berlakunya permintaan melebihi pengeluaran, susu lambat stimulate, puting tersumbat, puting tenggelam dan sebagainya. Untuk mengatasinya si ibu perlulah membanyakkan membaca dan bertanya kepada pihak ketiga seperti pakar laktasi,ibu2 yang lebih pengalaman untuk mendapatkan nasihat dan cara mengatasi. Namun kebanyakan ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menghentikan penyusuan.
3. Perlu Banyak Minum Air
Inilah soalan yang kerap ditanya treutama first timer mom. Jawapan yang mudah, kita digalakkan minum lebih dari 10 gelas sehari. Saya sendiri minum melebihi 3 liter sehari. Air yang banyak menggalakkan stimulasi susu. Namun air kosong-suam panas lebih digalakkan dan air sejuk perlu dielakkan.
4. Kerap ke Tandas
Menjadi lumrah apabila banyak minum maka banyak jugalah pembuangan air kecil. Namun ia amat bagus bagi system perkumuhan badan kita. Saya sendiri mengamalkan pengembilan segelas 250ml air masak suam setiap kali selepas membuang air kecil bagi menggantikan air yang telah dibuang. Alhamdulillah saya masih merasakan bengkak susu walaupun anak kedua hampir mencecah 1 tahun.
5. Cepat Lapar
Memandangkan semua zat kini telah dikongsi dua maka si ibu pastinya akan mudah berasa lapar. Bagi ibu yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi maka mereka tidak perlu risau kerana segala pengambilan makanan akan mudah ditukarkan dalam bentuk tenaga. Tetapi masalah bagi ibu yang rendah metabolisme maka pengambilan karbohaidrat yang berlebihan boleh menyebabkan si ibu mempunyai berat dan saiz yang berlebihan. Maka ibu dari golongan ini sangat digalakkan mengambil supplement seperti b complex (ibarat spark plug-penting menukarkan gula kepada tenaga)dan Energizing Soy Protien yang terdiri daripada 100% soya. Cuba elakkan pengambilan protein campuran haiwan (whey protein) dan soy kerana dikhuatiri keberkesanan yang berbeza.
6. Masalah Fizikal Tubuh
Antara perkara yang perlu ibu kenalpasti adalah keadaan puting agar ia dalam keadaan mudah untuk dihisap oleh anak. Saya sendiri pada mulanya mengahadapi masalah putting tenggelam. Memang sukar saya rasakan terutamanya bila susu sangat bengkak namun mempunyai puting yang tenggelam. Nasib baiklah ibu mertua saya menyarankan agar suami mencari pam yang berbentuk hon. Alhamdulillah puting mudah keluar setelah menggunakan pam tersebut untuk 2-3 kali. Namun ada lagi satu cara ialah dengan menggunakan nipple shield tetapi dikhuatiri bayi akan confius dengan puting ibu dan puting plastik. Walaubagaimanapun ia bukanlah menjadi alasan untuk menghentikan susu badan.
7. Anak Suka Menggigit
Ada sesetengah ibu sangat berharap agar anaknya tumbuh gigi lambat dengan alasan takut putting digigit. Namun bagi saya terpulang pada si ibu untuk memaklumkan anaknya bagaimana si ibu merasa sakit setiap kali digigit. Dalam teori pendidikan kanak-kanak , seorang bayi @ kanaka-kanak akan mudah belajar melalui sesuatu isyarat yang diulang-ulang. Saya sendiri masih belajar mempraktikkan teori berkenaan di mana apabila anak saya mula menggigit semasa menyusu saya akan terus menggeleteknya agar melepaskan apa yang digigitnya.
8. Susu Lambat Stimulate
Ada beberapa perkara yang saya belajar melalui pembacaan dan pengamatan saya dalam masalah ini. Sebenarnya untuk badan stimulate milk, badan sendiri memerlukan cukup zat dan cukup air. Secara peribadi saya katakan setiap ibu yang menyusukan anaknya perlulah mengambil vitamin mahupun supplement untuk membantu badan menghasilkan susu. Badan yang mempunyai cukup khasiat akan lebih mudah mengatasi stress dan secara langsung akan mudah menghasilkan susu. Ianya ibarat pokok yang subur diberi cukup air dan baja serta mendapat cahaya matahari yang mencukupi pasti boleh menghasilkan buah-buahan yang berkualiti.
Sebenarnya ada lagi beberapa cabaran breastfeeding dan akan saya sambung dalam post yang akan datang. Sekian dulu.
1 Ulasan