Pejam celik pejam celik dah lapan bulan ibu tak kerja... kecuali buat kerja rumah.Nasib baik abah lantik ibu sebagai E.A ( Executive Assistant) abah so ada lah kerja sampingan ala-ala pejabat yang ibu boleh buat. Macam secretary cuma up sikit la. Sekurang-kurangnya ibu tahu bila abah ada meeting, bila abah away from office, abah dah buat claim or belum...semuanya dalam planner ibu dan syncronize dengan planner abah.
Nasa pula dah besar sekarang... dah merangkak dengan kepantasan yang boleh tahan hebat. Pantang terlepas pandang walau beberapa saat, Nasa dah boleh berada di hujung katil abang Addin. Kalau dalam walker...hmmm habis semua Nasa nak tolong ibu buat. Yang paling ibu suka Nasa dah pandai pok amai-amai...pantang abang Addin nyanyi lagu tu Nasa akan bertepuk sama. Walau dah ada gigi 4 batang, alhamdulillah Nasa tak menggigit bila menyusu. Abah kata sebab Nasa belum makan sepenuhnya.
Cerita bab makan... Nasa tak minat makan. Mungkin belum berselera sepenuhnya. Makan pun hanya biskut rusk. Itu pun adakala habis adakala tong sampah tempat penghujungnya. Tapi jangan beri Nasa nampak handphone, remote TV, remote Astro, remote aircond mahupun mainan abang Addin, habis semua digigitnya. Handphone ibu sampai kena duduk 'hospital' sebab berkarat akibat air liur Nasa.
Apa pun ibu bersyukur berpeluang melihat perkembangan dua anak ibu yang berbeza ibarat langit dan bumi. Kalau abang Addin dulu, nak mandikan dia sangat senang. Berbeza dengan Nasa dengan pelbagai aksi kuak lentang dalam kolam mandi. Selepas mandi... nak siapkan abang Addin, hmmm saat paling senang. Abang Addin takkan bergolek ke kanan mahupun ke kiri cuma menunggu ibu atau abah pakaikan dryper. Berbeza dengan Nasa, baru letak atas katil, sekali kita pusing, dah entah ke mana merayapnya.
Namun, ibu doakan anak-anak ibu sihat, cemerlang dalam hidup di dunia mahupun akhirat. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh. Amin.
0 Ulasan