Salam buat semua. Rindu sangat nak menulis dan terasa sangat lama tak menjenguk blog. Sebenarnya bukan apa, sejak pindah kat tempat baru internet (streamyx) tak pernah dapat. Sejak hari pertama dapat nombor telefon baru, bila nak try connect streamyx, ADSL kat modem keep blinking yang menunjukkan connection tak stabil. So tak dapat nak connect. kalau nak connect bergantung dengan handphone sahaja.
Pada mulanya rajin juga menelefon talian 100 telekom, tapi bila dah hampir 2 minggu jawapannya masih sama dari operator yang menjawab..." Baiklah cik Norita kami dah update report puan. Piha kami akan menghubungi puan bagi menyelesaikan masalah ini."
Akhirnya saya membuat keputusan untuk menghentikan langganan streamyx... Apabila tiba di telekom, pihak di kaunter pun mengakui sebenarnya streamyx tidak stabil di kawasan perumahan baru saya ini kerana tiada kabel fiber optik. Cubalah diberitahu awal, tak adalah saya nak menunggu response dari telekom setiap hari!
Kini saya sedang mengkaji untuk menggunakan sama ada celcom atau maxis broadband. Memanglah mahal modemnya namun sekurang-kurangnya ia mobile dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.
Bagi yang menghantar email bertanya tentang blog update...minta maaf atas segala kesulitan. Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog saya. InsyaAllah selepas ada mobile broadband nanti akan selalu saya update blog saya.
0 Ulasan