Zikrullah membangunkan roh

Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja asalkan di persekitaran yang bersih. Disukat dengan ruas jari, atau tasbih malah kini lebih canggih dengan adanya tasbih digital.



Mengapa kena bersukat? Perlukah ia dihitung?

Balik kepada apa yang kita usahakan.

Apa jua amalan dzikir disarankan dikira mengikut kiraan 11x atau 33x atau 100x atau beribu-ribu kali.

Balik kepada cara perguruan kita atau sandaran buku yang kita amalkan.

Ada juga bertanya, salahkah jika saya berdzikir tanpa mengira dan hanya menyebut ayat-ayat doa atau asmaul husna sebanyak mana yang saya suka? Saya rasa tak salah pun kalau berdzikir tanpa tasbih cuma lebih afdal supaya kita dapat melaksanakan yang minima dengan kiraan yang lebih tepat.

Ralit juga memegang tasbih digital sambil membaca dzikir dan doa yang diamal setiap hari. Tanpa ada mata yang memandang dan boleh menyebabkan kita menjadi riak, tasbih digital yang kini unik dicipta seperti cincin yang melekat pada jari dan tangan kita boleh diselitkan dalam poket seluar atau poket jubah.

Ada juga yang tanya dzikir apa yang bagus diamal hari-hari? Kita ada dzikir harian boleh jadi amalan.

Malah paling bagus jika kita amalkan tasbih, tahlil dan tasmid sebagai amalan sedekah harian.
Tazkirah


Yang pasti banyak berdzikir buat jiwa kita tenang. Bila jiwa tenang segala urusan dapat dilaksanakan dengan baik. Bukan dipandu oleh emosi yang tidak tentu hala.

Jom kita bangunkan sunnah semoga hidup kita diberkati dunia dan akhirat.



Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan