Sabar datang dari minda?

Hari ni saya belajar sesuatu dari cerita abah Addinnasa.
Petang tadi abah pergi ke pejabat pos untuk renew lesen memandu. Abah kata , orang yang kat dalam kaunter tu sangat la lambat. Abah dalam barisan sedang beratur dan giliran abah yang ke dua. Orang depan abah yang sama sedang menunggu giliran mendengus kemarahan kerana kelembapan servis orang di dalam kaunter. Begitu juga orang yang beratur di belakang abah. Abah kata memula tu dia turut sama menjadi marah pada orang kat kaunter tetapi tiba2 abah terfikir... Orang kat dalam kaunter tu bukannya sengaja nak melambatkan masa orang lain tetapi mungkin dia perlukan penelitian. Ye la terutama yang melibatkan kenyataan lengkap bagi pemohon insurans poslaju( abah kata orang yang berada di kaunter tu sedang uruskan permohonan insuran poslaju).

Jadi abah kata, dia terus tak jadi nak marah. Abah kata kalau dia marah pun hanya akan buat dia sendiri yang tension sedangkan orang dalam kaunter tak ter kesan pun dengan perasaan marahnya. Jadi abah tak jadi marah. Dia kata buat penat aje marah sedangkan orang dalam kaunter tu akan tetap meneruskan kerjanya dengan penuh ketelitian.

Dijadikan cerita orang yang beratur depan abah terus meninggalkan barisan dengan rasa marah. Begitu juga orang dibelakangnya. Tetapi abah tetap sabar menunggu gilirannya. Akhirnya abah dapat renew lesen memandunya dengan baik sekali.

Pengajarannya, kita yang create situasi. Tak guna nak marah kalau ia hanya buatkan kita stress seorang diri.
Satu lagi kawan dan persekitaran sangat mempengaruhi attitude kita. Maka carilah kawan yang baik dan persekitaran yang sihat.

Catat Ulasan

1 Ulasan

.:chEyaNtie:. berkata…
setuju!
baru2 ni ada majlis di ofis,saya punya la kalut nak setelkan apa yg patut bagi melicinkan majlis sambil seorang kawan menanti untuk diterangkan tentangtugasnya sebagai mc majlis.
tiba2 dia kata..kakak ni bukannya sibuk tapi kelam kabut la,rileks la..

saya terkesima dan terus saya tarik nafas dan realised bahawa saya memang kelam kabut ..so tiba2 badan saya cool down akibat kesedaran saya itu hehehe

yes,saya setuju bahawa kita yg create situasi itu..semuanya di tangan kita..yg pentinf, bertenang,bertenang dan bertenang ..hehe supaya kita tak stress..

salam rindu buat kak n,..take care ya..