Ahli mesyuarat tingkap berbicara.

Cik yah : Saya nak tanya sikit boleh tak N ?

N : Apa dia ?

Cik yah : Kenapa ya, saya makan vitamin dan supplement juga dan susu
saya boleh tahan tetapi berat anak saya tak sehebat anak N. Apa
bezanya? Adakah kerana brand?

N : Saya tak nak komen tentang produk lain. Cik yah pun tahu saya
makan vitamin ni dari zaman belajar lagi.

Cik yah : Bila kenang Addin masa baby dan bila melihat Nasa ….ish ish
macam tak percaya. Bukan apa , ibu kecil tapi anak…masyaAllah,
kussss semangat.

N : Cik yah boleh cuba produk ni untuk baby yang keempat
ni….especially dalam pantang. Susu insyaAllah mencurah-curah
dan pekat lagi tu.

Cik yah : Hajat di hati ni memang nak sangat mencuba…tapi saya dah lama
makan brand xxxx . Tapi ya lah orang dok kata mummy besar tapi
anak macam tak cukup makan.

N : Pada pandangan saya lah cik yah, vitamin yang baik memberi
kesan bukan sekadar pada si ibu tetapi hasilnya pada anak.

Cik yah ; Ya la kan…..Memang saya rasa vitamin saya makan ni bagus dan murah pula tapi kesan hanya pada saya tapi tiada pula nampak pada anak seperti N kan????

N : Bila cik yah due? Cik yah boleh cuba lihat kesannya pada anak keempat ini.

Cik yah : Apa yang N makan? Saya akan beli apa yang N makan.

N : Terus terang saya katakan saya makan terlalu banyak jenis vitamin jika ada senarai dari A sampai Z, itulah yang saya makan.

Cik yah : Apa maksud N?

N : Saya makan vitamin mengikut keperluan badan dan keperluan baby. Maksudnya melalui pembacaan saya seorang wanita perlu menjaga kecantikan dalaman dan luaran melalui vitamin C, vitamin E, Beta Carotene (vitamin A) dan Omega 3. Bagi menyusu pula saya ambil ESP (Energizing Soy Protien), B complex dan vitamin C. Namun kerana dalam pakej pertama dah ada vitamin C maka ia bergabung menjadi satu. Oleh kerana saya melahirkan anak secara c-section maka semasa dalam pantang saya mengambil double dos…. Nak cepat baik luka dalam lah katakan.

Cik yah : Eh, tak apa ke untuk badan kita?

N : Entahlah ya… setakat ni alhamdulillah. Panadol pun doctor bagi kita makan tidak lebih dari lapan biji. Namun saya hanya makan vitamin double dos sahaja sekali pagi dan sekali sebelum tidur. Mungkin sebab itu berat Nasa naik 2kg selepas sebulan lahir. Doktor kata dia terrrr over shoot. Hehehe.

Cik yah : Agak-agaknya apa beza vitamin N dengan vitamin yang saya makan ye?

N : Saya rasa dari segi keasliannya. Maksud saya, memang la vitamin cik yah ada tertulis natural tapi secara jujur saya nak Tanya cik yah, dalam botol tu selepas habis semua tablet atau kapsul, ada tak silica gel?

Cik yah : Emmm…mestilah ada. Semua vitamin mesti ada benda tu jika tidak vitamin kita mudah rosak terutama jika ia lembap.

N : Maaf saya nak beritahu bahawa vitamin yang saya makan TIADA SILIKA GEL… itulah yang membuktikan keasliannya. Silika gel boleh terdapat di mana-mana sehingga didalam kasut atau handbag yang baru kita beli.

Cik yah : Eh ya ke? Macam tak percaya pulak. Dah banyak vitamin saya makan termasuklah produk baru dalam pasaran yang orang kata hebat pun ada silika gel.

N : Cik yah boleh cuba dan lihat hasilnya. Saya doakan cik yah berjaya melihat perbezaannya. Nanti cik yah makan lah vitamin b compkex, vitamin c dan ESP pun dah memadai. Akan saya email kebaikan dan keperluan 3 barang tadi. Saya nak masak lepas ni, kita sambung lagi lain kali ya.

Cik yah : Orait…nanti saya order dari N ya. Thanks a lot!

Catat Ulasan

0 Ulasan