Beberapa diet plan yang sangat popular hari ini antara lain adalah Suku-suka Separuh, Intermittent Fasting dan Keto. Ia menunjukkan rakyat Malaysia secara beransur-ansur telah mula ada kesedaran nak menjaga kesihatan dan tubuh badan. Namun tahukah anda, setiap diet plan adalah bagus jika disokong oleh vitamin dan supplement supaya tubuh badan kita mendapat zat nutrisi yang seimbang walaupun kita sedang berdiet. Kerana hakikatnya bila kita berdiet , secara langsung ada banyak kekangan untuk kita lengkapkan nutrisi yang tubuh badan kita perlukan.
Jika anda adalah pengamal diet Intermittent Fasting pastinya adakala kita tak dapat nak pastikan dalam diet kita telah mendapat semua vitamin dan zat yang seimbang.Teringat saya , sharing dari Coach Gula , Master Puteri.... Jika kita mempunyai pilihan antara telur rebus dan ESP Shaklee, adalah lebih baik amalkan ESP Shaklee kerana ia mempunyai 9 amino asid perlu yang diperlukan oleh badan namun tidak dapat dibuat oleh badan. Suka saya nak share antara asid amino dalam ESP adalah Histidine. Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Berbalik kepada Set Kurus Shaklee, set ini boleh didapati dengan nama popularnya Hello New You Set.
Ia mengandungi 4 jenis vitamin yang sangat menyokong mereka yang nak sihat , yang berusaha menjaga diet dan mereka yang nak kurus.
Hello New You Set dari Shaklee. |
Cinch Shakes Shaklee |
Cinch Chocolate
Saya sendiri sangat suka dengan Cinch Chocolate, saya jadikan ia meal replacement untuk gantikan nasi. Ia juga membantu badan kita tidak menjadi flabby bila dah mula kurus.
Cinch Shake adalah minuman yang berasaskan protien untuk menggantikan makanan sepanjang kita berdiet. Perasa Cokelat adalah Cinch Shake yang paling rendah GI. Bermakna kita kenyang lebih lama. Cinch Shakes perasa Chocolate ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai Leucine.
Leucine adalah sejenis Asid Amino , yang mempunyai rantaian isoleucine dan valin. Leucine dikatakan sangat membantu untuk kita dapatkan penurunan berat badan maka ia pastinya sangat penting dalam Set Kurus Shaklee.
Kebaikan Cinch Shake |
Bila kita cerita Set Kurus Shaklee, pastinya kita perlukan supplement yang membantu bakar lemak terutama lemak tepu. Saya sangat suka dengan Omega Shaklee. Omega Shaklee membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega-3 tulen. Omega Shaklee disuling berganda untuk memastikan kepekatan dan ketulenan melalui proses moden. Mengapa Omega Guard sangat bagus bila kita amalkan Intermittent Fasting kerana ia membantu menyokong kesihatan sendi, membantu mengawal berat badan, mengurangkan sakit kepala kerana ia bersifat anti radang.
Lecithin
Lecitin ni juga berbentuk capsule macam Omega juga. Lecithin sebenarnya membantu mengurangkan kita terkena risiko penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease serta risiko arteri yang mengeras. Kalau kita sedar, semasa amalkan Intermittenr Fasting kita tak mampu nak dapatkan banyak khasiat makanan kerana kita sedar makanan yang terhad ditambah kita nak kawal makan. Maka Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah nyanyuk.
Herb Lax
Perasan tak, bila kata kita buat diet IF atau Keto ke, matlamat jelas untuk dapat berat ideal. Maka kerana itu Set Kurus Shaklee mengandungi Herb lax sebagai bahan yang bantu membersihkan usus dan perut.
Adakala bila kita amal diet IF, antara masalah yang biasa orang akan hadapi ialah masalah pembuangan. Maka Herb Lax sangat membantu. Dalam Herb Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba.Herb Lax mempunyai sifat yang menggalakkan proses pembuangan menjadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut.
Bila kita buat Intermittent Fasting pasti kita nak dapat best result kan? So saya nak cadangkan pengambilan Set Kurus Shaklee ini bersama Vivix Shaklee. Kenapa Vivix Shaklee? Tahukah anda Vivix Shaklee ini bersifat anti radang, anti diabetic, antioksidan dan anti angiogennesis kerana kandungan Polifenol dan Resveratrol di dalam Vivix. Bagusnya pengambilan satu sudu teh sehari Vivix dapat mengurangkan rasa craving pada makanan manis. Selain ia juga membantu mengelakkan protien AGE terbentuk. Maka dengan ini sangat bagus untuk kita dapatkan berat yang ideal, selain amal Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee.
Bulan ini pula, Shaklee ada offer yang menarik. Pembelian satu Set Hello New You akan mendapat 1 Cinch Chocolate secara percuma! Wah sangat mengujakan tau terutama bila kita dalam mode ready nak kurus dapatlah pulak benda yang menjimatkan.
Promosi Set Hello New You bulan Februari |
Jika anda berminat nak dapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi kami di WASAP INI.
Jemput baca pautan lain : Kesan Intermittent Fasting yang Orang Tak Tahu.
3 Ulasan