Kenapa nak malu buat comeback?
========================
Saya mula buat bisnes Shaklee sejak tahun 1999. Sangat aktif dari peringkat awal lagi. Dalam 6 bulan dah merasa income 4 angka dengan jual vitamin dalam kolej dan staf-staf UM masa zaman tu.
Lepas tu belum habis belajar lagi dah mendirikan rumahtangga. Bila dah habis belajar saya ikut suami pindah Sarawak. Masa tu masih buat Shaklee tapi secara sambilan aje.
Zaman tu MLM ni orang kenal sebagai bisnes part time aje. Jadi saya usaha la cari kerja dengan menjadi guru. Habis KPLI saya bekerja sebagai guru matematik di Miri.
Masa ni saya teruskan bisnes Shaklee sebab saya tahu ramai je yang perlukan vitamin. Ramai orang penat , stress dan sakit malah tak kurang juga orang yang memang nak sihat. So sambil dapat gaji cikgu, dapatlah bonus cash dari Shaklee dalam 4-5 ratus. Sapa nak bagi? sebab ia tengah bulan.
Jadi cikgu memang best...tapi tak best bila saya kenangkan anak saya kena hantar rumah orang. Saya dibesarkan oleh arwah mak saya. Mak tak kerja sejak saya sekolah darjah 1 sampai tingkatan 5. Mak sentiasa ada untuk saya. Tapi saya tak dapat buat macam tu sebab saya kerja.
Selepas melahirkan anak kedua saya nekad nak duduk rumah jaga anak-anak. Kebetulan rezeki tahun tu kerajaan benarkan amik cuti tanpa gaji sampai 5 tahun. Inilah peluang saya duduk rumah jaga anak-anak.
Tapi takkan nak duduk sahaja kan? Saya ada kancil nak kena bayar dan elaun bulanan nak bagi pada mak. So saya nekad nak buat COMEBACK dengan Shaklee lebih bersungguh-sungguh.
Memula arwah mak tak setuju sebab dia takut saya bebankan suami. Tapi atas persetujuan suami saya teruskan juga buat Shaklee. Saya mula menulis blog www.anakkuwiraku.com. Eh setahun juga update takde sapa baca. Namun saya terus aje menulis sebab saya anggap macam diari aje.
Azam saya, saya nak ramai orang sihat dan ramai surirumah gembira jaga keluarga sambil jana income dari rumah. Bermulalah group Shaklee Euphoria yang mana majoriti para isteri. Saya juga berniat nak anak-anak saya mampu mengelilingi dunia melalui pendapatan Shaklee.
Ya bukan takde cabaran...semuanya ada dan datang dari pelbagai sudut. Cuma bila nekad nak berjaya dan bila nekad buat comeback, hati kena cekal dan telinga kena belajar tahan sindiran, ayat-ayat maki keji .... sebab masa depan yang kita mahu tu bukan semudah yang disangka. Macam daki gunung la...lagi tinggi gunung lagi kurang oksigen jadi kenalah pandai urus diri. Kena banyak sabar dan bertahan.
Saya bersyukur dengan comeback saya dapat jaga sendiri anak-anak dan saya gembira kerana Allah izinkan saya buat sepertimana arwah mak saya jaga kami semasa zaman sekolah dulu. Terima kasih abah AddinNasa kerana beri kepercayaan saya membina masa depan yang lebih hebatmelalui Shaklee.@ Naquib Hussain
Bagi kalian yang nak buat comeback, silakan....tulislah matlamat dengan lebih jelas. Apa yang anda mahukan dan mengapa perlu comeback. Tak perlu malu pun sebab kita sedang cipta masa depan kita sendiri.
All the best!
Berjalan ke Abu Dhabi. |
0 Ulasan