Mencari solusi untuk datang bulan macam tumpah darah

Datang bulan atau nama lain dipanggil 'period' adalah perkara yang perlu dilalui oleh wanita normal setiap bulan.

Ada yang melalui beberapa simptom sebelum kedatangan 'period' ini. Antara simptom yang biasa kita dengar adalah senggugut yang berlarutan, sakit kepala dan demam.

Saya sendiri melalui apa yang dipanggil senggugut....bermula dari masa zaman bujang dulu. Syukur juga tak seteruk kawan bilik saya yang adakala sampai macam nak pengsan akibat sakitnya senggugut.

Setiap wanita melalui proses melalui kedatangan 'period' setiap bulan tak sama. Ada golongan wanita yang tak sedar pun dirinya 'period' pun ada. Tapi ada juga yang melalui kesakitan dan pastinya ia tak dapat nak ditafsir dengan perkataan.

Cuma saya ingat pesan orang tua dulu, orang perempuan kena kurangkan minum air sejuk kalau tak nanti masa datang bulan atau 'period' akan melalui kesakitan kononnya sebab darah beku.

Saya tak pasti sejauh mana kesahihan ini namun saya pernah buat eksperimen pada diri sendiri, sebulan minum air panas dan suam...tetap juga kena senggugut. Kemungkinan disebabkan perubahan hormon. wallahu alam.

Apa yang saya lakukan bila rasa sakit atau senggugut sepanjang menstrual, dulu saya akan amalkan makan Nutriferon. Saya mengharapkan ia cepat memberi kelegaan. Tapi ianya hanya bersifat sementara.
Kemudian saya cuba amalkan makan Alfalfa dengan 10 biji seperti yang disarankan pada botol, sakitnya berkurang tapi belum nampak progress sepenuhnya.

Hinggalah saya jadikan pengambilan Vivix sebagai minuman harian [ saya minum 2-3 kali sehari] alhamdulillah, menstrual saya menjadi normal, tiada kesakitan seperti senggugut dan tiada masalah tumpah darah. Rasa lega sangat. Oh ya, sepanjang menstrual sahaja saya minum Vivix beberapa kali sehari untuk pastikan saya bertenaga sepanjang menstrual berlangsung. Jika hari biasa, 1 sudu teh sehari sebenarnya dah memadai untuk bertenaga dan kekal sihat.


Mungkin sebab ini juga ramai yang menjalani pembedahan memilih Vivix untuk cepat recover. Wallahu alam.

Pengalaman sendiri menyebabkan kita lebih yakin dengan apa yang kita amalkan.


Shaklee Kuala Terengganu Ready Stock





🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

1 Ulasan