Hati berlemak terdedah kepada kanser hati - Anakkuwiraku.com

Sakit hati jika melibatkan perasaan dan jika tidak terkawal ia boleh membawa kesan yang sangat negatif. Sakit hati biasanya berlaku akibat rasa tidak senang disebabkan satu-satu perkara disebabkan oleh orang sekeliling.

Emosi sakit hati boleh terbawa-bawa contoh bila kita menonton tv dan ada watak yang kita tak suka. Jika ianya cerita bersiri maka sakit hati ini turut berlarutan. Uniknya manusia ini.

Seperti kita semua sedia maklum....penyakit hati ini tidak sihat untuk perkembangan jiwa individu. Ini kerana ia hanya akan menarik lebih banyak tenaga tidak baik

Itu melibatkan emosi....tapi bagaimana jika melibatkan hati yang sakit iaitu organ hati?

Hati sakit atau sakit hati?


Ramai kita tak amik endah pun dengan organ hati kerana banyak penyakit biasanya melibatkan jantung dan buah pinggang....jarang-jarang orang mengadu masalah hati berpenyakit kecuali dah kronik.

Apa yang berlaku bila organ hati mula berpenyakit?

Hati tidak dapat melakukan fungsinya dengan sempurna. Bahan makanan tidak dapat diproses menjadi protien.

Pada keadaan sirosis hati mengeras dan pengaliran darah tersekat keadaan ini dipanggil Hipertensi Portal.

Hati juga memainkan peranan dalam proses pembekuan darah...apabila fungsi ini berkurang maka pesakit akan mudah mendapat masalah pendarahan.

Kegagalan hati akan menyebabkan toksin tidak dapat disingkirkan dari tubuh.

Hati yang rosak tidak dapat membekalkan protien yang cukup untuk membuat antibodi dan akibatnya tubuh terdedah dengan jangitan bakteria.

Komplikasi jangka panjang tentang penyakit ini ialah individu boleh terdedah kepada kanser hati.

   


Kami mula menjadi prihatin dengan hati apabila mengetahui kesan jangka panjang yang serius.

Dari situ saya dan suami menjadi lebih konsisten dalam pengambilan supplement dan lebih menjaga makanan...kena kurangkan makan berminyak, elakkan makan lewat malam, elakkan tidur lewat.... oh ya apabila kita tidur lewat hati kita akan merembeskan banyak toksin ke dalam tubuh dan ini menjadikan kita mudah sakit bila ia berlarutan.

Antara vitamin yang bagus untuk memastikan organ hati kita tidak mempunyai masalah hati berlemak atau sirrosis ialah

Lecithin
Omega 3
Dtx Complex

Bagaimana nak tahu hati sihat ke tidak?

Boleh buat check up di mana-mana lab seperti BP Lab atau seangkatan dengannya.

Ya better kita tahu kondisi hati supaya kita dapat kekalkan kesihatan secara optimum.



Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan