Saya yakin ramai aje orang macam saya DULU... Tak yakin dengan diri sendiri.
Mengapa saya boleh berubah?
Masa awal penglibatan Shaklee yang saya buat melalui blog dan forum susuibu.com, saya akan buat closing dibranch Shaklee Wangsa Maju.
Masa hari closing pasti Master Mr Ding dan Master June Tan akan bertegur sapa.
Dalam masa yang sama mereka akan selalu kata, "Norita, you boleh buat dengan lebih baik lagi dalam Shaklee. Saya yakin kamu boleh!"
Kata-kata itu saya tak biarkan seperti angin lalu... Saya selalu tengok cermin dan saya akan berkata sendirian pada diri saya :
Sangat la pelik kalau orang lain kata aku boleh berjaya tapi aku pulak tak yakin dengan diri sendiri.
Padahal aku lebih tahu diri aku.
Hmm kena tukar apa yang aku fikir. Kalau dok fikir tak boleh , tak dapat maka itulah yang aku akan dapat.
Kena tukar...
InsyaAllah boleh.
Allah akan bantu. Buat kerana Allah.
Sabar dan yakin dengan aturan Allah semua pasti terbaik.
Apapun yang datang , datang dari Allah.
Itulah yang selalu saya cakap pada diri saya sehingga hari ini.
*****
Hakikatnya kita boleh, bila kita mahu.
Mulakan dengan DOA. Semoga Allah memberi kita hidayah untuk menjadi golongan yang berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah!
0 Ulasan