Sedekah sebagai penawar jiwa dan raga anak.

Sepanjang hari meeting semalam saya tak berkesempatan nak reply mesej atau whatsapp kenalan malah customer. Selepas balik berbuka saya terus merebahkan diri untuk melepaskan penat seketika. Namun saya teringat dengan mesej yang saya terima sebelum habis meeting.
Seorang kenalan mohon doakan anak dia diberi kesembuhan. Tak tahu apa penyakit anaknya tetapi yang pasti anaknya dalam keadaan kritikal dan ditempatkan dalam icu.

Saat itu saya cuma mampu doakan semoga Allah mengasihani anak kecil itu, mengampunkan dosa mak ayahnya dan mohon belas ehsan Allah untuk beri peluang agar anak kecil itu membesar dengan sihat dan ceria.

Ya , hakikatnya ujian yang ditimpa ke atas anak pastinya lebih berat dari ujian duit. Kerana apa? Sebab ujian anak ini melibatkan jiwa dan nyawa. Mak atau ayah mana yang mahu anaknya sakit?
Hati dan jiwa pasti jadi tak keruan bila anak kita sakit.

Bila anak kerap meragam, atau sering sakit...cuba muhasabah sumber pendapatan kita.  Masa untuk kita muhasabah diri dan bukan menuding jari sana sini.


Sebab itu bila ada duit kita cuba tepikan sedikit buat sedekah atas niat semoga Allah lindungkan anak kita dari segala yang tidak baik, diberi kesihatan yang baik dan diberi rahmat yang banyak ke atas anak-anak kita.


 

Saya suka dengan doa yang selalu dikongsikan :

Ya Allah berikan rahmat yang banyak ke atas anak-anak kami. Janganlah Engkau celakakan mereka. Berikanlah kami ketaaatan mereka. Amin.


Ya semoga Allah memberikan kita anak yang soleh yang dapat membawa kita ke jalan kebaikan dunia dan akhirat.







 Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan