Bila yakin dengan Allah dan doa pada Allah, nescaya .....

Redha tak bermakna pasrah...

Ya langit tak selalu cerah tapi tak juga mendung berarak berterusan.

Setiap aturan Allah itu ada rahsia yang tersembunyi. Namun berapa kalikah kita merayu dengan Allah agar dibukakan pintu hikmah atas setiap aturanNya?

Kisah benar ini saya ambil dari cerita ayah mertua saya sendiri dan ia berlaku 2-3 bulan yang lalu.

Ayah mertua saya tiba-tiba sakit dan tidak dapat berjalan. Kakinya bengkak bila berdiri terlalu lama. Beliau tidak mempunyai penyakit kencing manis pun.

Sepanjang sakit ayah susah untuk tidur. Adakala semalaman ayah duduk dikerusi dan terlena sambil duduk. Namun ayah tak pernah berputus harap. Ayah sentiasa membasahkan bibirnya dengan zikrullah. Walau sakit ayah tetap usaha untuk solat walaupun solat duduk. Lebih kagum ayah kuat semangat bangun tahajud.

Ayah cerita dengan saya , sepanjang tahajud ayah bersungguh berdoa pada Allah " ya Allah , Bukakan aku pintu hikmah dan berikan jalan keluar dari masalah ini".


Setiap hari ayah lakukan perkara yang sama.

Nak dijadikan cerita satu hari seorang ustaz pengamal perubatan Darul Syifa' datang ke rumah untuk menziarah ayah apabila mendengar ayah tak sihat. Ditambah ayah lama tak ke surau.

Ustaz ini menawarkan diri untuk mengubatkan ayah. Dengan izin Allah ayah sembuh dan dapat berjalan seperti biasa.

Dari kisah ini sebenarnya Allah melihatkan saya kebesaran Allah. Ayah mohon dibukakan pintu hikmah dan jalan penyelesaiaan untuk keluar dari masalah yang dihadapi, dengan kuasa Allah digerakkan seseorang datang menawarkan dirinya untuk menjalankan perubatan syifa'.

Yang menyembuhkan adalah Allah.

Ya himah dari ujian itu kami sekeluarga dapat belajar ayat-ayat ruqyah dan pendiding diri dan keluarga.


Ya segalanya datang dari Allah maka kepada Allah ia kembali.


Ramai orang tak nampak Allah bila diuji. Selagi itu kita takkan jumpa penawar sakit itu.


Sesungguhnya apa yang kita temui, kita perolehi adalah dengan izin Allah. Malah kejayaan yang kita kecapi adalah atas izin Allah dan hidayah Allah yang membimbing kita untuk berjaya.

Maka usahalah dengan bersungguh meminta pada Allah kerana Allah Maha Pemberi lagi Maha Mengasihani.

Tak guna berkeluh kesah mengadu pada manusia atau merungut pada manusia. Tadahkan tangan dan doa dengan bersungguh, insyaAllah Allah tunjukkan apa yang kita kehendak tadi. Sama ada Allah beri apa yang kita mahu atau Allah beri yang lebih baik dari apa yang kita mahu, hanya Allah yang lebih tahu.

Bila yakin dengan Allah dan doa pada Allah, nescaya .....Allah bantu!


 Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan