Selepas habis UPSR kami terus balik ke KL untuk menyambut Master Celebration mak dan ayah mertua saya yang juga upline kami. Ia berlangsung di Istana Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami berpeluang bertemu dengan ramai susur galur kami dalam majlis tersebut.
Antara yang menarik yang disampaikan oleh ayah mertua saya dalam ucapan beliau ialah tips yang perlu diamalkan untuk berjaya dalam Shaklee namun ia juga boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Elakkan 3 C dalam hidup :
C yang pertama ialah Complain.
Mereka yang banyak komplen sebenarnya adalah mereka yang suka merungut dan secara tak langsung menjadikan kita hamba ALLAH yang tidak bersyukur. Daripada banyak komplen kita dinasihatkan memberi cadangan dalam mencapai penyelesaian untuk cabaran yang datang. Nak berjaya dalam bisnes kurangkan komplen. Jika kita dah berusaha, berdoa ...terus istiqamah kerana ALLAH tahu the best time untuk makbulkan doa kita. Jika ALLAH tak beri apa yang kita mahu ALLAH tetap akan beri apa yang kita perlu.
Kurangkan komplen tapi ikut nasihat mentor yang dah berjaya....insyaALLAH kita juga berjaya seperti mentor.
Teringat pantun masa kat sekolah...
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.
C yang kedua ialah Compare
Jika kita sibuk nak banding-bandingkan apa yang kita dapat dengan orang lain...sudahnya kita tiada masa usaha untuk majukan diri sendiri. Sebab adakala kita lihat rumput rumah orang lebih hijau dari rumput rumah sendiri namun tanpa kita sedar rumput orang itu ialah rumput palsu.
Jika ada orang yang berjaya lebih cepat dari kita, jangan bandingkan dengan kita. Hakikatnya kehidupan dia dan kehidupan kita pasti berbeza. Paling penting ; ini yang selalu suami saya tekankan : Tidak penting dimana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir.
Jadi kita kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi disamping terus usaha untuk menambah nilai dalam kehidupan kita. Jika rezeki yang kita perolehi semakin bertambah , cara untuk menambah nilai dalam kehidupan ialah beri mak ayah elaun setiap bulan lebih baik dari sebelumnya, buat sedekah pada kucing yang lalu lalang, beri hadiah pada sanak saudara dan rakan taulan dan banyak lagi amal makruf yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.
C yang ketiga ialah Compromise
Di sini bermaksud jangan benarkan alasan menghalang impian kita. Nak berjaya kena cari peluang bukan cari alasan. Jika ada kelas upline atau syarikat usahakan, pastikan cuba hadir. Ramai orang beri alasan sibuk atau tiada masa padahal semuanya boleh diatur. Bila mahu semua boleh jadi kenyataan. Jangan jadikan alasan ada anak kecil tak boleh berjaya kerana hakikatnya anak itu datangnya dengan rezeki dan tuah mereka tersendiri.
Saya lihat sendiri beberapa ibu yang mulanya bersemangat nak berjaya tapi bila mengandung beri alasan untuk tunggu selepas melahirkan. Selepas bayi lahir, si ibu nak tunggu anak besar dulu. Akhirnya anak dah besar 4-5 tahun...matlamat tadi terus hilang begitu sahaja.
Kalau usaha secara istiqamah insyaALLAH lambat laun ada hasilnya.
Pokok perlukan masa untuk berbuah, begitu juga bayi dalam kandungan perlukan masa untuk membesar....samalah dengan bisnes. Ia perlu masa. Paling utama usahakan secara berterusan dan istiqamah.
Jujurnya satu masa dulu , saya pernah teringin nak buka syarikat kapal terbang bila pakcik suami ada syarikat kapal terbangnya sendiri....namun nasihat beliau terpahat dalam kepala saya sehingga hari ini :
Bukan tak boleh nak buka bisnes lain jika ada modal namun sangat bagus jika mahirkan diri dalam bisnes yang kita ceburi sehingga menjadi seorang profesional. Pakcik suami berkata dia buka syarikat kapal terbang kerana beliau ialah seorang pilot maka beliau ada ilmu tentang bidang itu. Ya kerana itulah kami menjadikan Shaklee bisnes utama kami dan sehingga hari ini kami masih terus belajar kerana bisnes itu adalah suatu yang dinamik. Walau dah berada 17 tahun dalam dunia Shaklee namun setiap hari pasti ada ilmu baru yang kami belajar secara langsung memperbaiki kemahiran kami dalam bidang kesihatan.
So jika anda baru dalam dunia bisnes...perbanyakkan membaca dan pengalaman berikteraksi dan berkomunikasi dengan prospek sangat membantu kita matang dalam bidang yang diceburi. Jangan lupa dekati ALLAH kerana rezeki itu tetap datang dari ALLAH. Hakikatnya blog, fb, ig atau apa juga medium internet ia hanya menjadi medan penghubung sesama makhluk namun rezeki itu tetap datang dari ALLAH juga.
Selamat beramal, selamat berusaha semoga terus berjaya!
Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak dan Muar Johor.
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa

0 Ulasan