Tak perlu salahkan orang lain.

Masa saya mula mengajar dulu, saya ditugaskan mengajar murid yang lemah... Ada yang tahun 5 dan 6 yang masih tak tahu membaca. Dalam kes ni memang mudah nak salahkan cikgu yang mengajar diperingkat awal namun menyalahkan orang lain bukan satu solusi.

Saya mengambil masa juga untuk menerima hakikat ini.... Ditambah bila ada guru yang sentiasa dapat perhatian kerana result peperiksaan anak murid mereka sangat cemerlang. Walhal si cikgu mengajar kelas pandai jadi bukan satu yang mustahil untuk melihat anak murid itu sentiasa score dalam subjek mereka.

Sehinggalah satu hari sahabat saya datang melawat ke rumah...saya meluahkan rasa sedih kerana cabaran saya ialah mengajar murid yang tidak tahu membaca... Namun sahabat saya Faiz mengeluarkan satu kata-kata semangat yang terus mengubah cara saya mengajar disekolah.

Kata beliau - Sesungguhnya Allah telah menghantar saya pada golongan yang memerlukan. Di situlah hakikatnya akan membentuk skil mengajar seorang guru. Guru yang sentiasa dapat pujian kerana anak murid mereka pandai belaka hakikatnya tanpa guru tersebut pun anak murid memang dah pandai.

Saya termangu seketika...di kala itu terus saya mengubah persepsi pada anak-anak murid saya di sekolah.

Saya cuba memahami mengapa mereka tak pandai membaca... Rata-rata kerana ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan anak mereka tiada perhatian. Anak yang kurang mendapat perhatian biasanya akan menjadi seorang yang kurang semangat, sensitif dan adakala cuba memberi masalah kepada cikgu kerana perlukan perhatian.

Ya akhirnya saya akui jawatan seorang guru sekolah rendah sangat menyeronokkan tetapi kerana tanggungjawab yang digalas oleh guru hari ini adakala berat sampai anak sendiri terabai buatkan saya melepaskan dengan hati yang rela.

Apa yang saya nak share adalah...sesungguhnya apa jua yang kita perolehi hari ini baik untuk ujian atau cabaran adalah kerana kita layak dan mampu untuk menguruskannya.

Tak perlu sibuk salahkan situasi atau orang lain ... Kerana jawapan itu ada pada diri kita.


Balik kepada diri kita sama ada mahu melihat sesuatu itu dalam aspek positif atau sebaliknya!





 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan