Semuanya bermula dengan impian dan Shaklee antara jalannya....

Sejak fokus dengan Shaklee sepenuhnya... saya mula menanam impian untuk berjalan melihat dunia. Memang kami boleh dapatkan percutian 5 bintang yang hebat dari Shaklee tetapi adakala saya teringin nak pergi sendiri dengan hasil duit sendiri sebagai reward kepada diri sendiri.

Free Vacation Trip

Saya mulakan dengan percutian ke USS [ Universal Studio Singapore] pada bulan 10 tahun 2010... seterusnya  tahun 2012 ke Hong Kong ...masa tu memang niat nak bawa anak melihat Disneyland Hong Kong. Perbelanjaan lebih kurang RM10k termasuk tambang dan hotel 5 bintang di Hong Kong adalah permulaan pertama saya berbelanja untuk anak-anak. Dapatlah lihat sendiri apa itu Disneyland.








Rezeki besar tahun tu, balik dari Hong Kong, saya terima panggilan dari syarikat Shaklee dan menyatakan kami layak untuk 4 tiket antarabangsa iaitu sama ada Las Vegas atau Umrah Turki. Memandangkan Las Vegas tu pergi bulan puasa dan memang dari dulu berhajat nak Umrah melalui Shaklee so kami pilih Umrah Turki. Balik dari Hong Kong bulan 2, bulan 4 kami ke Mekah untuk tunaikan umrah dan berjalan ke Turki sebelum balik ke Malaysia.

Selepas itu kami berpeluang ke Indonesia atas 2 tiket jemputan oleh Shaklee. Masa tu pelancaran Shaklee di Indonesia. Tahun tu adalah tahun yang kami banyak berjalan.

Tahun 2013 rezeki kami ke Dubai pada bulan 5 untuk Umrah Dubai bersama Shaklee. Bila kata bersama Shaklee, perbelanjaan kami ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Dikatakan perbelanjaan seorang anggarannya ialah lebih kurang RM16- 18 ribu. Bayangkan kalau dapat banyak tiket, memang untung sangat-sangat. Kami pergi 4 beranak dan pastinya kos yang Shaklee sponsor adalah sangat besar.

Tahun 2013 kami hanya ke Indonesia [ atas urusan bisnes Shaklee] , Singapore untuk jalan-jalan dan penutup tahun paling best bila suami belanja percutian hebat di Maldives. Ni paling best sebab impian suami nak bercuti ke pulau tercapai jua.

Alhamdulillah tahun 2014 kami buka dengan Umrah bersama seluruh keluarga dan teman rapat.
Seterusnya kami ke Singapore jalan-jalan dan kami ke US dengan trip Shaklee sekali lagi! Wah ni lebih mahal kos per head! Namun kami puashati sebab Shaklee beri yang terbaik pada semua distributor yang berdedikasi dan layak untuk trip percuma.


Bila pergi trip Shaklee, semua ditanggung termasuklah beg pakaian pun diberi ok! Sangat best! Dah 3 tahun berturut kami dapat beg besar untuk perjalanan jauh! Boleh buat koleksi atau kedai beg gamaknya.

So kalau ada rezeki nak tour Europe pula...bermula dengan London dan Paris. Seterusnya berangan nak ke New Zealand, Australia - Goldcost, Portugal, Germani, Argentina, Jepun....eh kalau sebut rasanya penuh peta dunia nak tengok.

Itu bestnya buat Shaklee....ada trip memang boleh dapat FREE ! Ada trip boleh pergi sendiri !

Anda ada impian nak berjalan luar negara? Apa kata usahakan impian dari sekarang. Jangan dok berangan aje... kena tahu cara dan jalan nak dapatkannya. Jika anda pernah dan memang amalkan produk Shaklee, silalah jadi ahli dan belajar dengan upline macam mana nak pergi oversea.

Apa yang best dengan Shaklee? Boleh BAWA ANAK dan MAK AYAH asalkan POINT CONVENTION untuk TRAVEL cukup! Company lain tak dapat bawa anak malah mak ayah jauh sekali. Tapi Shaklee boleh tau! Maka kita bukan seronok sendiri2 tapi dengan keluarga. Dah itupun tujuan kita dapatkan duit kan? Untuk keluarga. Takkan kerja untuk keluarga tapi makan angin sendiri-sendiri? So jom tanam impian ! Gerak ke arah impian!

Nanti kita update percutian masa cuti sekolah ni :)

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan