Mencari surirumah yang ingin ubah kehidupan?

Tugas sebagai surirumah memang sebenarnya lebih berat dari kerja kat pejabat. Kerja rumah yang tak pernah selesai. Terutama jika ada anak-anak kecil ....untuk dapat rumah yang kemas pada saya hanyalah rumah yang dipanggil showroom atau mereka yang belum ada cahayamata atau mereka yang anak-anak dah besar.


Cari duit dari rumah

Masih saya ingat masa kecil dulu...kami 7 adik beradik berbahagi tugas bantu mak kemas rumah. Memang tak de pembantu yang bertahan dengan kami maklumkan beradik ramai, cabarannya juga banyak.

Mak memang seorang surirumah sepenuh masa sejak adik kelima saya dilahirkan. Adakala mak menolong abah berniaga ayam di kedai. Itu pun jika permintaan ayam banyak dan arwah abah tak cukup pekerja kami adik beradik akan teman mak sekali ke kedai.

Bukan mudah hidup pada satu pendapatan dengan harga barang yang sentiasa naik. Ditambah zaman kini yang mana kita perlu duit untuk pembelajaran anak-anak disamping menampung keperluan hidup yang lain.

Namun sayang pada saya seorang isteri yang duduk di rumah tanpa membuat apa-apa bisnes dari rumah tetapi sibuk membaca status atau mengupdate status fb semata-mata. Walhal jika benar punya masa terluang bagus usahakan sesuatu untuk masa depan sendiri.

Memang benar kata seorang kawan saya ... " Sebenarnya suami saya mampu tanggung kami 5 beranak" namun adakah kita tahu sampai bila?

So tak salah pun usaha sambilan mendapatkan pendapatan sampingan kan? Kawan saya dulu suaminya bekerja di Shell sebagai engineer pun usaha buat nasi lemak hantar ke kedai atas alasan dia tak boleh bergantung harap pada suaminya sahaja. Kagum saya dengan beliau.

Ya memang sebagai isteri kita perlu minta izin dengan suami nak keluar bekerja...namun saya yakin ramai para suami suka isteri mereka bekerja dari rumah sambil boleh menjaga anak-anak dan keperluan yang lain.

Alhamdulillah zaman dah makin canggih , meeting online sekarang pun dibuat dengan menggunakan hp sambil berbaring atas katil pun ada. Sangat menijimatkan masa. Cuma sekali sekala perjumpaan diadakan untuk merapatkan ukhwah sesama kita.

Atas jemputan Master yang mengelolakan seminar di Penang dan JB nanti, kalau tiada aral insyaALLAH kami akan datang untuk bantu mereka mengembangkan sayap dan empayar mereka di sana. Saya harap dapat bertemu lebih ramai surirumah yang berjaya menjana income hebat walau dari rumah sahaja.

Tak salah kalau belajar tinggi jadi surirumah namun lebih hebat jika dapat jadi surirumah yang ada pendapatan bisnes !

Jom sertai kami dan masih belum terlambat untuk mengubah nasib diri dan keluarga jika ada kemahuan!

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan