Benarkah produk yang selamat untuk ibu menyusu juga selamat untuk bayi?

Seorang ibu muda menelefon saya beberapa bulan yang lalu dan bertanya.... " Kak, anak saya keluar ruam2 pada leher dan mukanya. Kesianlah penuh bintik2 merah dan mukanya juga jadi kemerah2an. Kenapa ya kak?"

Saya bertanya ada amalkan apa2 selain pengambilan vitamin? Beliau menjawab ada iaitu beberapa jamu yang disediakan ibunya memandangkan anaknya sudah 21 hari. Maka saya cuma menyarankan beliau stop segala jamu dan maajun selama 7 hari dan lihat kesannya kepada bayi beliau. Alhamdulillah  baby beliau beransur sihat dan kini membesar dengan baik.

Maka ingin saya kongsikan dengan semua ibu2 diluar sana....terutama bagi yang baru bergelar ibu, jika kalian benar2 mahu memberikan yang terbaik iaitu exclusive breastfeeding kepada bayi anda selama 6 bulan pertama maka pastikan anda kalian benar2 mengambil tahu makanan anda kerana ia memberi kesan kepada si manja.

Walaupun selepas bayi berusia 7 bulan dan telah mula mengambil makanan pejal namun si ibu perlu prihatin dengan makanan yang si ibu makan kerana ia tetap akan disalurkan melalui susuibu.

Telah menjadi trend hari ini dikatakan produk mereka selamat dan selamat untuk ibu dan anak.
Ramai penjual produk kecantikan dan barangan kesihatan memberikan jaminan produk yang mereka jual selamat untuk ibu menyusu serta tidak memberi kesan kepada bayi....namun ada sesuatu yang perlu kita sebagai ibu yang menyusukan anak menyedari hakikat MENGAPA KITA SUSUKAN BAYI KITA?

Walaupun pengeluar mahupun penjual mengeluarkan kenyataan, ia selamat untuk ibu menyusu dan bayi....maka soalan seterusnya adakah ia memberi manfaat pada pertumbuhan dan perkembangan otak bayi iaitu anak yang kita susukan?


Pengalaman saya sendiri , ini terjadi pada tahun 2008 yang mana saya mengamalkan satu produk kesihatan yang dikatakan selamat untuk bayi. Produk ini dikatakan dapat mengecilkan pinggang serta memberi bentuk badan yang menarik...memang ia selamat untuk diri saya dan anak. Cuma satu yang saya perasan, pertumbuhan anak saya tidak seperti sebelum ini. Si manja saya Nasa yang sebelum ini besar sihat menjadi kurus dan tidak berselera makan. Apa yang saya perasan, minuman yang memberikan rasa kenyang kepada saya juga memberi rasa kenyang kepada anak saya maka menyebabkan  selera makannya berkurang. Semakin hari dia menjadi semakin susut.

Maka saya sedar, produk itu selamat untuk ibu menyusu dan anak yang disusukan tetapi produk itu TIDAK SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN ANAK YANG DISUSUKAN.

Sedangkan niat utama ibu menyusukan anak ialah bukan hanya untuk merapatkan kasih sayang ibu dan anak semata-mata tetapi untuk perkembangan mental dan fizikal yang sihat dan sempurna.

Kini tidaklah saya hairan bila ada doktor yang mengeluarkan kenyataan susu puan tidak berkhasiat untuk bayi. Ini kerana kuantiti susu bukan menjadi ukuran kepada keperluan bayi tetapi khasiat susuibu adalah yang perlu diutamakan. Jika anak yang disusukan tidak membesar dengan baik dan pertumbuhannya terbantut, doktor sendiri akan menyarankan agar memberikan susu formula sebagai tambahan keperluan untuk pembesaran bayi. Bayi perlukan makanan yang berkhasiat untuk pertumbuhan dan pembesaran terutama otak.

Maka ibu2 dan bapa2 yang serius untuk memberikan susuibu yang terbaik buat si manja, pastikan makanan itu memberi khasiat kepada ibu dan anak. Kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Susuibu tidak menjimatkan cuma ia sangat kaya dengan antibodi berbanding kita berikan susu formula. Maka prihatinlah dengan makanan anda. Jangan abaikan khasiat dan nutrisi yang perlu disalurkan kepada bayi anda. Jangan pandang remeh pada makanan yang anda ambil. Pastikan ia memberikan zat dan segala keperluan yang diperlukan oleh anak yang menyusu tadi.

Sebelum anda membeli apa2 produk kesihatan di pasaran, sila bertanya terlebih dahulu...APAKAH KHASIAT PRODUK INI UNTUK BAYI SAYA jika ia benar2 selamat. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Anak yang membesar dengan baik insyaALLAH menyenangkan kita dikemudian hari.


Semoga dunia penyusuan anda menjadi satu pengalaman terindah sebagai ibu kepada si manja anda.

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

2 Ulasan

just azura! berkata…
setuju sangat. kadang-kadang produk yang di consume mengandungi bahan-bahan yang dibenarkan dan memberi faedah pada ibu tetapi belum tentu memberi manfaat pada bayi.
Tanpa Nama berkata…
".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000