Selamat hari raya.

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua kenalan, sahabat handai dan pembaca setia blog ini. Mohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat salah silap atau penulisan saya yang menyinggung perasaan pembaca. Moga segala amal kita diterima ALLAH.





Beraya diperantauan bukanlah perkara baru bagi kami sekeluarga. Hampir 10 tahun kami beraya di sini. Dah menjadi kelaziman kami akan balik seminggu awal atau seminggu selepas raya untuk bertemu keluarga. Ibarat beraya lebih awal atau terlewat seminggu. Itulah kebiasaan kami setiap kali Syawal menjelma.

Tahun ni lebih special sebab Cik Pah, mak kepada sahabat karib saya Faiz beraya di Miri sempena nak menyambut kelahiran cucu beliau iaitu anak Faiz. Maka raya pertama kami beraya di rumah Faiz di Sek Men Agama Miri. Dari sebuah rumah ke sebuah rumah jemputan ke rumah terbuka . Alhamdulillah rezeki tahun ni memang banyak....sehinggakan anak2 saya pun pandai, balik rumah terus cari omega. Bukan untuk pecah lemak bagi si anak tetapi mereka sendiri alert nak jaga diri dari kena selsema atau batuk disebabkan minum banyak ais dan makan aiskrim.

Kami pula akan pastikan omega 3 biji sehari dan garlic beberapa kali selepas makan makanan yang berat.

Hari ni nak sambung jalan lagi....so nanti saya update lagi ya.

Biz dah berjalan seperti biasa....maka bagi yang nak buat order boleh terus sms atau call saya ya. InsyaALLAH 1-2 hari dah terima vitamin.




 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan