Mengenangkan si anak nak berusaha mengubah nasib...si emak ini sanggup mengeluarkan sedikit duit sebagai modal si anak nak meniaga. Pada mulanya si anak mahu mengambil upah memotong rumput, maka si emak ni pun mengeluarkan wang untuk membelikan mesin potong rumput. Selang beberapa hari si anak merengek lagi nak buka kedai jual cendol katanya. Si emak ini pun mengeluarkan duit pencarian melalui kudrat 4 keratnya untuk membelikan mesin cendol seperti yang diharapkan si anak. Namun sayang semuanya tidak dibawa ke mana. Terbiar mesin rumput dan mesin cendol di dalam stor selang beberapa hari dibeli.
Bila ditanya mengapa tak mahu potong rumput? Alasannya sebab tiada siapa nak bagi upah potong rumput. Bila ditanya mengapa tak menjual cendol, alasannya tiada siapa mahu membeli sepanjang seharian buka kedai cendol di tepi jalan dirumahnya.
Namun yang parah si emak sebab semua duitnya habis begitu sahaja...seolah-olah tiada nilai dimata si anak.
Hakikatnya si anak perlu tahu, apabila dia mahu mengambil upah potong rumput, maka rajinkan mulut untuk mengkhabarkan pada penduduk kampung sekitar bahawa dia boleh mengambil upah memotong rumput. Mungkin hari ini orang kampung belum perlu untuk memotong rumput rumah mereka kerana rumput masih pendek, namun tak salah berusaha. Rumput rumah makin hari makin panjang maka kebarangkalian untuk orang memanggil untuk amik upah memotong rumput memang ada. Maka bila ada peluang memotong rumput, potonglah elok2 sehingga menyenangkan tuan rumah. InsyaALLAH berita baik itu akan disebarkan dari mulut ke mulut. Mungkin bermula dengan sebuah rumah, selang seminggu bertambah lagi bilangan rumah yang perlukan khidmat memotong rumput.
Sama juga dengan menjual cendol. Jika dah niat nak meniaga, maka berniagalah betul2 dan jujur. Mungkin semasa hari pertama kita niat nak buka kedai cendol hari mendung, so orang tak dahaga sangat untuk minum air berais seperti cendol. Janganlah putus asa. Esok buka lagi, dan meniaga seperti biasa. Hari ini mungkin orang yang lalu lihat dan senyum sahaja pada kita, namun kita tak tahu...bilamana hari panas, yang lalu tadi singgah jua nak dapatkan minuman menyejukkan tekak. Maka bancuhlah dengan sesedap rasa supaya orang yang minum tadi akan bercerita dengan orang lain pula kesedapan minum cendol yang kita jual. Perlahan2 ia akan jadi buah mulut orang dan biz kita akan lebih berkembang.
Pengalaman saya sendiri masa mula-mula jadi guru tuition dari rumah. Bermula dengan seorang anak murid. Selepas 2-3 bulan barulah bertambah menjadi 3 orang. Selepas 6 bulan anak murid meningkat. Selepas satu tahun bilangan bertambah. Memang dalam masa tu ada anak murid yang berhenti namun percayalah setiap yang pergi itu berganti bilamana kita sabar.
Bermula dengan pendapatan RM60 sebulan, perlahan2 ia berkembang....sehinggalah mencecah ribuan ringgit.
Maka hakikatnya semua perlu bersabar. Hasil ni takkan nampak dalam sehari dua. Nak dapatkan pokok taugeh pun perlukan masa semalamam....apatah lagi nak tunggu hasil lebih hebat seperti buah limau bali atau durian.
Dalam usaha perlu berdoa. Jangan sesekali sombong pada pencipta. Doa itulah yang membantu untuk kekuatan diri secara dalaman. Bila berdoa, doa yang baik2 untuk peniaga lain maju juga. Ini kerana apabila kita mendoakan kejayaan orang lain, malaikat akan meng amin kan doa kita dan malah malaikat akan mendoakan untuk kita apa yang kita doakan untuk orang lain. Tidak percaya? Cubalah amalkan setiap kali selepas solat, sebelum memulakan perniagaan dan selepas habis berniaga...doalah
" Ya ALLAH berkatilah usahaku meniaga ini, berkatilah hasil perniagaanku serta bantulah orang2 yang juga berniaga sepertiku untuk terus maju jaya. Jika ada antara kami yang berniaga secara tidak jujur, berikanlah petunjuk jalan yang lurus iaitu jalan orang2 yang Kau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Amin"
InsyaALLAH kita akan sentiasa dalam landasan yang betul. Dalam kita mendoakan untuk diri sendiri, doa untuk orang lain itu juga sebenarnya membantu kita untuk menjadi dan berusaha ke arah lebih baik. Namun doalah yang baik-baik. Jangan sesekali doa yang tidak baik dan meyumpah seranah orang lain kerana tak mustahil doa yang tak elok itu akan datang pada kita semula.
Maka bagi yang baru nak meniaga, usahalah secara istiqamah. Dapatkan kekuatan dari Al Quran dan sunnah kerana ia lebih bertahan dan abadi dari kata2 manusia.
Jangan cepat putus asa jika nak benar-benar berjaya.
Selamat maju jaya dalam biz anda!
Salam sayang dari Ibu Addinnasa
4 Ulasan
Moga kalian berjaya dalam apa yang diusahakan!