Keseronokkan menjadi ibu dan ayah adalah satu perasaan yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Kegembiraan itu hanya mampu mengukir senyuman di wajah ibu dan ayah dan hanya mereka yang dah melalui akan lebih memahami.
Bila lahirnya si kecil, si ibu pastinya bersemangat waja nak menyusukan si kecil. Ditambah apabila persekitaran si ibu yang telah didedahkan dengan lebih awal tentang dunia penyusuan susuibu oleh adik beradik mahupun rakan sekerja.
Walaubagaimanapun terdapat segelintir ibu baru yang salah faham tentang penyusuan susuibu. Biasa yang menjadi kesalahfahaman ialah tentang banyak atau sikit susu yang dapat disediakan.
Sebenarnya penyusuan susuibu bukan sekadar nilai titik susu yang diberikan tetapi banyak lagi perkara lain yang akan diselami oleh ibu dan anak tanpa disedari. Sentuhan itu sendiri mampu mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.
Bercerita tentang saiz payudara, ada yang ingat bahawa payudara besar banyak susunya, manakala payudara kecil, sedikit susunya.
Namun setelah saya melihat sendiri melalui banyak kes konsultasi ....buah dada kecil tak bermakna sedikit susu, buah dada besar juga tak bermakna banyak susu.
Ada kebenaran apabila ada yang mengatakan buah dadah kecil , kelenjar susu senang penuh berbanding dengan mereka yang memiliki buah dada yang besar. Bagi buah dada yang besar kelenjar susu mengambil masa untuk dipenuhi. Saya dah lihat sendiri melalui banyak kes ibu yang saya berikan konsultasi tentang dunia penyusuan. Apabila kelenjar susu mudah penuh ditambah apabila kerap pam, hasilnya memang lumayan. Berbanding ibu yang punyai payudara besar dan pam yang tidak konsisten akan mendapati susunya sedikit.
Susu cepat penuh atau kurang bergantung kepada banyak faktor. Namun faktor utama yang terbesar ialah pemakanan serta pengambilan air yang mencukupi. Makanan yang menjadi kegemaran si ibu turut mempengaruhi penghasilan susuibu. Ibu yang menikmati makanan dengan gembira secara langsung meningkatkan hormon oksitosin dan secara tidak disedari si ibu akan dapat merasakan payudaranya membengkak keranan susu mudah penuh.
HASIL SUSU akan meningkat apabila si ibu kerap menyusukan si kecil atau bagi ibu yang bekerja, si ibu itu pam dengan konsisten setiap 2-3 jam dan jarak sesi pam tidak lebih dari 3 jam.
Bayangkan seorang ibu itu mempunyai hasil perahan 3oz satu sesi. Jika beliau membuat 6 sesi dalam 24 jam, maka 18 oz sudah terkumpul. Namun perlu diingat hasil setiap sesi boleh meningkat apabila sesi perahan meningkat.
Berbanding seorang ibu yang mendapat 6 oz satu sesi dan hanya pam 3 kali sehari. Memang akan dapat kumpul 18oz tetapi perlu diingat, jarak pam yang terlalu jauh akan menyebabkan hormon prolaktin menurun dan secara langsung akan menyebabkan kelenjar susu lambat penuh dan akhirnya susu merundum.
Oleh sebab itu ibu yang menyusukan anak perlu mengelakkan perasaan marah, sedih, kemurungan, tekanan dan keletihan yang melampau selain perasaan malas mengepam. Kerana perasaan ini turut menjejaskan penghasilan susuibu tanpa disedari.
So bagi ibu baru, happy breastfeeding.
Susuibu perlukan masa untuk hadir....janganlah ingat selepas lahir terus susu mencurah macam air terjun ya....perlu masa. Perlu kesabaran, istiqamah dan keyakinan yang kuat pada ALLAH.
Berikan yang terbaik buat si manja. Kita bersusah dulu...supaya anak besar dan jarang sakit maka kita bersenang dikala itu.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 Ulasan