Setiap penulisan dan perkongsian saya bersandarkan pengalaman saya membesarkan dua anak saya.
Dulu asal travelling atau balik dari berjalan, anak mudah demam. Memang senang orang tua jawab " Biasalah tu perubahan cuaca, esok lusa baiklah tu"
Namun selepas saya mengenali bidan makcik Maznah, baru saya belajar yang anak kita akan jarang sakit apabila :
1. Mereka kerap minum air masak.
2. Mereka kerap mandi.
3. Mereka rajin makan buah.
Bilamana anak kita kerap minum air, ia sangat membantu agar badan mereka tidak kering dan suhu sentiasa stabil. Bagi anak-anak, sangat bagus jika mereka dapat minum 500-1000 ml sehari. Namun perasan tak bila kita travelling, kita mudah lupa untuk mengingatkan anak2 supaya minum air. Adakala kita leka kerana terlalu asyik berjalan, kita lupa untuk pastikan anak kita minum air sekerap mungkin.
Jika anda hanya bercuti di rumah orang tua di kampung, maka pastikan anak mandi 3 kali sehari....iaitu pagi, tengahari dan petang. Ini sangat bagus kerana adakala anak kita aktif dan terdedah dengan banyak bakteria. Mandikan mereka dengan membasuh ke seluruh tubuh dari rambut sampai ke kaki. Ia sangat bagus untuk memastikan anak kita dalam keadaan bersih dan dapat mengelakkan kuman dan bakteria merebak.
Apabila berjalan atau bercuti, jika anda singgah dihentian rehat jangan lupa membeli buah untuk diberi kepada anak-anak. Buah ini membantu mereka mendapat cukup vitamin C dan mendapat cukup serat untuk tubuh mereka. Buah banyak mengandungi air, serat dan vitamin C dan ini sangat bagus untuk imunisasi.
Walaupun 3 perkara ini amat remeh pada sesetengah orang, namun pada saya...ia sangat membantu untuk kita gembira apabila anak kita sihat. Tiada yang lebih mahal dari kesihatan seorang anak.
Supplement jika perlu.
Anda juga boleh memberikan anak anda yang berusia setahun ke atas Omega dan Meal Shake Shaklee sebagai tambahan dan bertindak sebagai pemakanan lengkap. Ia sangat bagus untuk imunisasi anak dan membantu atasi masalah anak yang cerewet makan.
Gambar ehsan Ain Rahim
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689
Salam sayang dari Ibu Addinnasa
0 Ulasan