Eu Four Pack : Susu meningkat semula apabila ibu sihat *

 Minggu lepas saya terima panggilan dari seorang ibu...dari suara beliau memang saya dapati beliau memang keletihan. Ibu ini menelefon saya untuk mengetahui set mana yang sesuai dengan keadaannya...setelah melihat situasi beliau, saya sarankan mengambil Eu Four Pack.

Kenapa Eu Four Pack?
Dalam kes ini, ibu ini mengepam dengan konsisten tetapi mungkin kerana terlalu keletihan pulang dari kerja membuatkan badan semakin lemah dan penghasilan susu juga terganggu. Maka saya sarankan pengambilan eu four pack sahaja.

Apa yang ada dalam Eu Four Pack dan kepentingannya?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Kalsium
Kalsium adalah komposisi utama selepas kalsium di dalam susuibu. Ianya sangat penting untuk pembinaan sel darah, saraf, tulang dan gigi. Pengambilan kalsium yang mencukupi sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu ditambah apabila si ibu kerap mengepam dan menjaga amalan makan dan minumnya. Pengambilan kalsium membantu kita rasa segar sepanjang hari walau adakala tidak mendapat tidur yang cukup 8 jam sehari. Namun perlu dipastikan , pengambilan kalsium tidak membuatkan kita sembelit. Jika anda mengambil kalsium dan mendapat sembelit, cuba semak semula kandungan kalsium tersebut. Ostematrix adalah Kalsium Shaklee yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D.

Apa kata beliau selepas 5 hari?


Pengambilan vitamin sahaja tidak memadai untuk mendapat hasil susuibu yang banyak. Amalan yang perlu dititikberatkan ialah

1. Ibu perlu kerap menyusukan bayi atau mengepam secara konsisten tidak lebih dari 3 jam untuk setiap sesi.

2. Ibu perlu minum air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari dan jangan sesekali skip meal.

3. Ibu perlu mendekatkan diri dengan pencipta kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari Al Khaliq juga.




Untuk penyusuan, saya bekalkan jadual pam, panduan makan dan konsultasi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan