Jangan ketinggalan untuk mengetahui , boleh emailkan kepada nnorita78[@] yahoo.com kerana ada hadiah menarik yang disediakan!
Pengalaman menyusukan dua anak saya adalah pengalaman terindah. Namun tak bermakna setiap tahun kena beranak dan menyusukan anak :) Tanggungjawab kita sebagai ibu tidak terhenti pada berhentinya si anak menyusu. Kita perlu usaha untuk membentuk peribadinya. Untuk memastikan si anak tadi taat pada ibu bapa, menuruti perintah agama dan berbakti pada masyarakat.
Namun bukan itu yang saya nak tulis....apa yang saya nak kongsikan ialah jenis penggalak susu terutama bagi ibu yang menyusu. Memang ada yang mendapati halba, alfalfa, lobak putih, labu, jantung pisang dan macam macam lagi makanan yang dikatakan membanyakkan susuibu.
Tanpa disedari bagi ibu baru yang baru nak mendalami ilmu penyusuan akan mencuba semuanya. Walhal kuncinya hanya satu iaitu " sejahtera". Apa yang saya maksudkan dengan "sejahtera"?
Sejahtera yang saya maksudkan ialah ketenangan jiwa, kegembiraan, keseronokkan, bebas dari rasa malas, bebas dari tekanan perasaan disebabkan manusia atau kerja. Sejahtera juga termasuklah dari segi kesihatan fizikal dan rohani yang baik. Sejahtera fizikal iaitu bebas dari keletihan dan penyakit yang mengganggu emosi.
Ibu yang mahu berjaya dalam menyusukan anak secara lengkap 2 tahun perlu mempunyai jiwa yang kental dan kuat. Tahan dengan ujian dan cabaran ...tidak semudah yang disangka. Setiap ujian dan perjalanan si ibu tidak sama dengan ibu yang lain. Sebab itu si ibu perlu banyak membaca. Dengan ilmu kita boleh berjaya.
Tentangan dari keluarga dan kawan terdekat antara perkara biasa, namun jangan jadikan alasan untuk tidak meneruskan. Penolakan anak untuk tidak minum secara langsung juga boleh jadi antara cabaran namun telah ramai ibu yang hanya perah susu sahaja tanpa menyusu secara langsung membuktikan mereka juga mampu berjaya menyusukan anak dengan susuibu.
Apabila dianugerahkan anak, maka sebenarnya seorang wanita yang bergelar ibu itu perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Si ibu itu perlu berusaha untuk mewujudkan suasana "sejahtera" dalam dirinya termasuklah fizikal dan mental.
Susu akan mudah terhasil apabila lonjakan mood yang baik dan gembira berbanding dengan rasa tekanan dan keletihan yang melampau. Namun tidak dinafikan apabila seorang itu bergelar ibu yang bekerjaya, si ibu tidak dapat lari dari rasa letih, penat, moody dan tertekan akibat limpahan kerja yang tak pernah sudah.
Makanan yang sering disarankan sebagai penggalak akan berkesan sekiranya makanan itu menghasilkan rasa kepuasan dan "sejahtera" dalam diri si ibu. Saya berikan contoh buah durian. Sekiranya si ibu amat gemar makan buah durian, maka secara langsung si ibu akan merasakan payudaranya cepat penuh dengan susu ditambah kandungan protien yang tinggi dalam buah durian tadi. Ini kerana wujudnya "sejahtera" dalam diri si ibu. Tetapi jika si ibu tidak gemar makan durian, maka pengambilan buah durian tidak akan beri kesan yang sama pada penghasilan susuibunya.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita adalah seorang pemakan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang, maka apa yang terjadi adalah kesan kegemukkan kepada si ibu yang menyusu tadi. Si ibu akan membesar lebih dari anak yang disusukan. Ini sangat tidak elok pada kesihatan si ibu tadi.
Makanlah berpada-pada. Cuba wujudkan "sejahatera" dalam diri agar perjalanan penyusuan itu menjadi memori terindah sebagai seorang yang bergelar ibu. Jangan ada kekesalan kemudian hari kerana tidak berusaha menyusukan anak sehingga selama yang mampu.
Cuba amalkan ayat ini....banyak manfaatnya.
Sedikit sebanyak membantu mewujudkan "sejahtera" untuk rohani.
Buat ibu yang sedang menyusu, selamat maju jaya!
Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa

0 Ulasan