Susuibu adalah apa yang ibu makan?

 Tidak dapat disangkal lagi bahawa susuibu sangat kaya dengan zat dan nutrien yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu buatan manusia. Lebih hebat lagi jika si ibu sangat meniktikberatkan pengambilan makanan hariannya beserta cuba untuk memberikan yang terbaik buat si manja.

Oleh kerana itulah ramai ibu yang bekerjaya mahupun yang hanya sebagai surirumah kini sangat prihatin dengan pemakanan mereka kerana susuibu yang disalurkan itu memberi kesan yang baik untuk bayi mereka.

Mengimbau perkembangan Nasa semasa 6 bulan pertama di mana si manja saya ini belum mula aktif....




Oleh kerana gambar inilah telah mendorong dan memotivasikan kenalan saya yang lebih selesa dipanggil Ness nekad untuk menjayakan penyusuan susuibu dengan lebih cemerlang  untuk anak keduanya setelah banyak belajar dan menimba pengalaman dari penyusuan anak pertamanya.

Alhamdulillah Allah memberi saya kesempatan untuk bergambar dengan anak kedua beliau yang kini mencecah usia 3 bulan dengan berat 8kg. Ness yang sangat gembira dan ini membuktikan ibu yang menjaga pemakanan dengan sempurna dan seimbang memberi kesan kepada perkembangan anak secara fizikal dan mental. Tiada istilah obes kerana bayi ini hanya minum susuibunya sahaja.

Gambar yang akan menjadi kenangan manis buat saya dan si comel Thoriq.




Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak pada seawal usia 0 hingga 6 bulan, cubalah amalkan pemakanan yang sihat, seimbang dan memenuhi keperluan perkembangan si bayi anda. Titikberatkan pengambilan protien kerana protien sangat penting untuk pembinaan sel serta kalsium untuk perkembangan tulang dan gigi selain nutrien lain yang diperlukan untuk proses pembesaran.
Sesungguhnya bayi pada usia ini belum aktif dan ini adalah saat yang bagus untukk membesarkan mereka dengan susuibu demi perkembangan awal otak mereka. Setelah mereka mula aktif, akan di dapati berat hanya akan meningkat sedikit demi sedikit kerana metabolisme yang semakin meningkat. Bagi ibu-ibu yang anaknya membesar dengan baik pada seawal 6 bulan yang pertama, insyaALLAH akan kurang  mempunyai masalah berat anak tidak ideal apabila anak mula aktif dan meningkat pembesarannya.











Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan