Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Nak kata susah tak juga, nak kata senang pun tak juga. Ayah saya berniaga, dari menjual kereta, buka kedai makan , buka bengkel sehinggalah menjual ayam daging. Jadi darah berniaga telah wujud dalam diri saya apabila saya dan adik beradik kami didedahkan cara berniaga sejak dari kecil.
Arwah abah mendidik kami dengan penuh disiplin dan beliau sangat tegas. Masing ingat lagi, perniagaan terakhir arwah sebelum beliau meninggalkan kami buat selama-lamanya...beliau berniaga ayam daging. Arwah dan adik lelaki saya akan menyembelih ayam apabila ada permintaan, manakala emak dan adik-adik saya yang lain menjadi tukang potong serta membersihkan ayam sebelum diserahkan kepada pelanggan/pembeli. Saya pula abah lantik sebagai cashier. Namun apabila pelanggan terlalu ramai, saya akan turut serta dengan mak dan adik-adik memotong ayam. Kami dilatih menjadi seorang yang pantas agar pelanggan tidak bosan akibat menunggu.
Arwah abah selalu mengajar kami dan tekankan bahawa perniagaan adalah salah satu yang disukai ALLAH. Namun perlulah dilakukan dengan penuh berhemah dan beretika kerana ia mempengaruhi keberkatan duit yang kita terima. Duit inilah yang menjadi darah daging pada ahli keluarga kita. Abah pernah juga cakap, hasilnya kita tak nampak sekarang tetapi di masa akan datang.
Saya selalu melihat dunia perniagaan ini ibarat menangkap ikan di lautan. Rezeki setiap orang takkan sama. Cara menarik ikan pula bergantung pada umpan yang kita gunakan. Besar umpan besarlah ikan yang akan kita dapat. Namun balik juga pada rezeki ALLAH dan kurniaan ALLAH jua.
Kalau dulu kita tak pernah memancing, sebab melihat ramai yang pergi memancing, kita pun teruja nak turut serta. Seperti yang kita tahu dalam mendapatkan hasil laut, ada orang guna joran moden, ada orang guna joran biasa tidak lupa yang guna jala ikan yang besar....jangan pula kita yang baru nak cuba nak turut serta menangkap ikan maka kita terus menuba ikan semata-mata kerana nak dapat ikan dengan lebih banyak dan cepat.
Tuba adalah sejenis racun yang digunakan untuk membunuh atau memabukkan ikan. Menuba ikan ialah dengan menyebarkan tuba di dalam air untuk menangkap ikan. Ikan yang terkena tuba akan mati dan terapung.
Ini akan menjejaskan hasil tangkapan orang lain juga. Tidakkah ini mengganggu periuk nasi orang lain? Apabila ini berlaku kita mungkin akan lihat kita berjaya kerana berjaya menangkap banyak ikan dengan cepat, namun hanyalah sebagai seorang yang tiada etika dan hilang keberkatan kerana memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain.
Dalam dunia yang serba moden ini, ramai antara kita yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan secara online. Ianya lebih memudahkan kerana dengan online, dunia wujud tanpa batasan. Ramai yang menggunakan facebook, web dan blog untuk berniaga. Alhamdulillah kerana ramai yang sedar tentang kebaikan melalui berniaga. Namun malangnya terdapat segelintir manusia yang mengambil kesempatan dengan menipu disebalik barangan yang dipamerkan. Setelah duit diperolehi mereka hilang begitu sahaja. Tidak kurang dengan mereka yang menjual barangan yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah agar dengan mudah mendapat pelanggan. Tidak salah untuk berniaga, namun NIAT tidak menghalalkan cara. Tidakkah dengan berbuat demikian sama seperti menabur tuba untuk menangkap ikan? Jika nak berniaga barangan yang sama, berniagalah dengan adil tanpa memasukkan pasir dalam periuk nasi orang lain. Hasil berniaga inilah yang akan membentuk hati dan darah daging kita dan ahli keluarga kita.
Saya teringat dengan kisah seorang kawan baik saya yang mesra dipanggil Kak Mar, beliau telah bertahun membuat kek. Oleh kerana jiran barunya berminat untuk belajar resepi kek tersebut, Kak Mar dengan senang hati mengajarnya. Dalam diam, jirannya juga menjual kek tersebut. Bertambah hebat lagi si jiran menjual dengan harga yang lebih murah dari harga kak Mar. Kak Mar tak marah. Beliau yakin rezeki ni datangnya dari ALLAH jua. Si jiran tadi sangat bangga kerana ramai pelanggan kak Mar kini membeli dari dia berbanding kak Mar. Selepas 6 bulan, anak si jiran tadi mendapat demam panas dan menyebabkan anaknya menjadi terencat akal sehinggalah sekarang. Nauzubillah. Sejak dari itu, si jiran tadi tidak mampu untuk membuat dan menjual kek kerana terpaksa menjaga anaknya yang terencat itu.
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala ni'mat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan". ( al-An’aam ayat 44).
Saya benar-benar mengambil tauladan dari cerita kak Mar. Adakala dalam apa yang kita lakukan kita terlupa tentang ETIKA dan KEBERKATAN. Namun jika kita berpegang pada AL Quran dan Sunnah, insyaALLAH dalam apa yang kita usahakan kita fikirkan tentang kesan dan akibat.
Bagi yang berniaga, berniagalah dengan adil dan berhemah serta yakinlah dengan rezeki ALLAH. Moga ALLAH memberi sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Penyayang kepadamu. " ( An- Nissa 4: 29)
Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

1 Ulasan