Catatan buat anak-anak ibu




Kalian pasti akan membaca coretan ibu ini apabila kalian besar nanti.... ibu sangat beryukur kerana kalian behave semasa ibu dan abah memberi talk semasa sesi pertama ibu di Wisma Bling Lustre di Puchong semalam bersama dengan 32 orang kenalan cyber ibu.

Ibu minta maaf sebab ibu kehilangan 4 jam masa bersama kalian dan syukur kerana kalian dapat bermesra dengan ramai kanak2 yang hadir semalam. Nasa sangat suka dengan aktiviti gathering kerana dari situ dia akan punya ramai kawan. Entah dah berapa kali Nasa meminta ibu membuat jamuan atau gathering supaya dia dapat kawan baru.

Ibu doakan kalian juga mampu menjadi manusia yang sentiasa membantu orang lain dan tidak mementingkan diri semata-mata.

Namun ibu tahu kalian sangat gembira dengan suasana dan aktiviti di Kids room di Hotel Pullman Lakeside Putrajaya. InsyaALLAH jika ALLAH mengizinkan kita akan datang lagi untuk menginap dan bercuti di sana.



Salam sayang dari ibu

Catat Ulasan

0 Ulasan