Check list untuk ibu yang mahu berjaya dalam penyusuan.


Benarlah kata orang...untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.

Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.

Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita , kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. Susu yang keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.
Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan 

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang. 

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan  ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.
Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt.

 Nota tambahan: Boleh rujuk SINI.


3. Kekerapan penyusuan.

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak
tidak akan berlaku.


4. Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu...penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.



Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.

Salam sayang dari ibu



Catat Ulasan

1 Ulasan

alinalan berkata…
Salam ibu addin & Nasa.
Entry yang sangat cantik untuk panduan ibu2 yg menyusu. 2 thumbs up dear!!

Salam perkenalan. Mintak izin untuk dishare n3 ni di blog mommaMia ek.