Sebenarnya ada banyak email yang ibu terima yang meminta ibu bercerita mengenai supplement dan perawatan melalui pemakanan tambahan ini...insyaAllah akan ibu tunaikan satu persatu. Harapan ibu kalian bersabar menanti post2 tersebut dari ibu.
Oh ya, Ibu nak share tentang penggunaan vacuum plastic bag yang sangat bermanfaat dalam penggunaan ruang di dalam rumah kita. Jika dulu ibu nak simpan comforter memang terpaksa menggunakan satu almari khas hanya untuk itu sahaja....tetapi sejak dah pandai guna bag vacuum ni...semua kalau boleh ibu nak vacuumkan dalam beg tu baru simpan...kekekekeke.
Ini gambar comforter yang disumbatkan dalam beg vacuum ....sebelum di vacuum kan. Nasa sebagai model dalam iklan tak berbayar ini...hehehehe.
Inilah gambar selepas comforter itu di vacuum....kempis sekempis kempisnya wooo. Memang jimat ruang. Comforter pun takkan berbau malah tidak berkulat....yeh!
Akak mula2 jumpa kat Parkson...lepas tu kami beli kat Cosway jek....tapi mahal sikit la dari jual kat Parkson. Tapi serious mmg best. Nak balik kampung pun kami kempiskan semua baju supaya dapat banyak bawak balik.....hahahaha.
5 Ulasan

TQ for sharing!