Masa ibu kerja dulu pun ibu tak berapa pandai mengenai hal ini...ditambah lagi pendapatan ibu dah memang sah belum layak dikenakan cukai pendapatan. Gaji cikgu di Sabah Sarawak memang besar berbanding bekerja di Semenanjung namun yang besarnya adalah disebabkan oleh elaun itu sendiri. Maka apabila tidak layak dikenakan cukai, ibu tidak mengambil endah kepentingan impak zakat ke atas pembayar cukai. Ibu tahu zakat itu wajib ke atas setiap mukmin ...dan bukannya besar sangat iaitu 2.5% setelah ditolak semua tanggungan perbelanjaan. Namun sekarang, adalah sedikit ilmu yang ibu pelajari... untuk lebih berkat apabila menerima pendapatan dari sesuatu sumber adalah lebih baik jika di zakatkan pendapatan tersebut, kerana wang zakat inilah yang digunakan untuk membantu anak2 yatim, fakir miskin dan golongan yang memerlukan. Bermaksud kita menunaikan hak kita ke atas umat manusia yang lain tanpa kita sedari.
Islam itu indah dan ia tidak memberatkan umatnya...zakat hanya dikenakan sebanyak 2.5% daripada bersih pendapatan yang kita perolehi. Namun ada pendapat yang mengatakan adalah baik juga jika kita zakatkan semua pendapatan tanpa ditolak dari apa2 belanja...ini kerana adakala duit yang kita kirakan sebagai belanja keperluan akan menjadi sebagai satu kehendak.
Menyedari hakikat kepentingan zakat inilah ramai rakan taulan ibu yang memilih untuk membuat potongan zakat setiap bulan instead of paying the gov tax. Membersihkan pendapatan sangat dituntut agar keberkatan itu sentiasa ada baik dari segi kewangan , keluarga dan individu itu sendiri.
9 KEUNTUNGAN MEMBAYAR ZAKAT
1. Keuntungan pertama: Mensucikan jiwa anda dari noda-noda dosa.
2. Keuntungan kedua: Membebaskan jiwa anda dari perbudakan kepada harta benda.
3. Keuntungan ketiga: Melipatgandakan Harta Kekayaan.
4. Keuntungan keempat: Menjadi benteng dari bencana.
5. Keuntungan kelima: Penghargaan yang hakiki atas jerih payah Anda.
6. Keuntungan keenam: Memenuhi syarat halal menikmati harta kekayaan yang melimpah.
7. Keuntungan Ketujuh: Menebus naungan di Alam Mahsyar.
8. Keuntungan kedelapan: Zakat adalah benteng diri Anda dari api & siksa neraka.
9. Keuntungan kesembilan: Zakat adalah gerigi kunci pintu surga.
kredit to: My Notepad
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)
Hayatilah firman Allah yang bermaksud: "Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya." (al-Baqarah: 268)
Salam sayang dari ibu
0 Ulasan