Penyusuan, Ramadan dan Pemakanan... Kaji punca kegagalan?

Ibu just nak share tentang beberapa ibu yang mengadu mengapa masih TIDAK BERJAYA melakukan penyusuan sepanjang Ramadan walaupun telah mengambil Performance Drink serta Alfalfa.
Sebab-sebab utama ialah kerana

1. Si ibu hanya bergantung dengan dua pemakanan tambahan ini sahaja tanpa mengambil kira pemakanan tambahan yang tetap utama iaitu B complex...Mengapa perlu B Complex? Ini demi mencegah kemurungan, keletihan yang amat, stress harian akibat kerja mahupun hal rumah, keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi dan segala perkara yang mengganggu kestabilan emosi, mood serta hormon.

2. Si ibu terlalu galak berbuka puasa dengan AIS SEJUK. Memadailah berbuka dengan sedikit air sejuk tetapi bukan minum berliter-liter. Ini boleh menjejaskan pengeluaran susu kerana air sejuk diketahui boleh memberi kesan kepada pengaliran darah serta memberi kesan kepada tulang ibu.

3. Si ibu banyak minum air dari mengambil makanan sewaktu berbuka. Apabila ini berlaku susu yang dihasilkan akan terjejas kerana zat makanan yang diambil akan diserap oleh tubuh si ibu terlebih dahulu, seterusnya baru kepada penghasilan susu. Makanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan penghasilan serta pengeluaran susuibu.

3. Pengambilan herba seperti halba. Halba diketahui dapat membanyakkan susuibu kerana ianya bersifat panas. Jika hari tidak berpuasa atau bulan selain ramadan, si ibu pasti akan kerap minum air demi membanyakkan susu, menepatilah dengan fungsi halba yang bersifat panas maka ianya akan membuatkan darah mengalir lancar maka susuibu juga dapat dihasilkan dengan sangat baik. Namun jika pada bulan puasa, adalah disarankan ibu2 yang mengambil halba sebagai milk booster sebelum ini berhenti mengambilnya pada bulan ramadan kerana sifatnya yang panas boleh menyebabkan badan kita mengeluarkan haba dari dalam secara langsung akan membuatkan badan kita dehydrate maka ini akan memberi kesan kepada pengeluaran susuibu khususnya.Susuibu akan mula perlahan2 menurun akibat badan yang kekeringan akibat pengambilan halba tadi. Maka jika si ibu mengambil performance pada bulan puasa, ianya tidak akan memberi kesan yang positif namun hanya mengurangkan badan dari rasa dehydrate. Oleh kerana itu ibu digalakkan mengambil alfalfa pada bulan puasa kerana sifat alfalfa yang sejuk dapat meningkatkan pengeluaran susuibu hatta berpuasa.


Pengambilan alfalfa adalah sangat digalakkan pada bulan puasa. Pengambilannya boleh ditingkatkan dari masa ke semasa. Bagaimanapun ibu galakkan jika ibu2 yang berminat mendapat consultation dari ibu terlebih dahulu.

Ini dahulu dapat ibu coretkan buat masa ini, insyaAllah jika ada kesempatan akan bersambung lagi dalam coretan seterusnya...
Salam sayang dari ibu Addinnasa.

Catat Ulasan

3 Ulasan

Zue berkata…
info yang sgt berguna
jarang fakta-fakta ni diketengahkan

terima kasih N
will keep these points in mind
:)
Norita Shaklee berkata…
Saya suka berkongsi demi memastikan ibu2 tahu kesan pengambilan setiap sesuatu itu memberi kesan kepada susuibu.
emma berkata…
tq kak berkongsi info yang sangat berguna...